Pages - Menu

25.8.11

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam


SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam. Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.

Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam. Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah [Facebook Cheryl]

Jika tiada aral melintang, ReJaM© akan merakam temubual khas bersama Cheryl dalam masa terdekat untuk dikongsikan bersama anda semua Insya Allah. Kepada Cheryl, selamat menikmati keindahan Islam.

ReJaM© "Ahlan Wasahlan diucapkan kepada Cheryl, Alhamdulillah, bertambah lagi saudara seagama kita..."
 
Azhan: Allahuakbar! Barakah bulan mulia, Allah memilih insan yang istimewa untuk mnerima hidayahnya, moga Sis Huda terus mendalami Islam dan menjadi muslim yang solehah.
 

7 comments:

  1. azhan, ada dua orang yang masuk Islam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat hidayahhhh.... memberi impak besar ni.... mudahan menjadi muslimah yang sejati...

    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    ----==--Salam Aidilfitri---==----
    --=== Maaf Zahir & Batin ===--
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    masalah ignition motorsikal tak hidup

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...