Pages - Menu

17.8.11

Bertan-tan Makanan Berbuka Dibuang Ketika Ramadhan



PENIAGA bazar Ramadan di Jakarta menawarkan pelbagai juadah untuk berbuka.

Dilaporkan, seorang warga UAE kesal bertan-tan makanan dibuang setiap hari pada Ramadan. Seorang wanita Belgium yang menetap di Dubai melancarkan satu kempen bertujuan menghapuskan masalah pembaziran makanan sepanjang Ramadan tahun ini.

Els Huybrechts berkata, bertan-tan makanan dibuang setiap hari selepas berbuka puasa, sesuatu yang bercanggah dengan matlamat bulan suci itu. Sehubungan itu, beliau memulakan sebuah kumpulan digelar ‘Make Iftar Modest’ (Bersederhana ketika Berbuka) bertujuan menggesa penduduk dan pengusaha restoran menghentikan pembaziran makanan.

Orang ramai, firma dan pertubuhan akan dapat menyertai kumpulan itu dalam Facebook yang akan diwujudkan selepas ini, katanya. Huybrecths, 36, juga bercadang untuk meyakinkan pengusaha hotel dan restoran supaya mengurangkan saiz majlis berbuka puasa.

“Selepas berbuka puasa, majlis iftar itu meninggalkan banyak lebihan makanan dan semua itu terpaksa dibuang. Perkara ini memalukan sedangkan Ramadan sebenarnya adalah supaya kita mengamalkan kesederhanaan dan menambah kebajikan. Selain itu, wujud sikap untuk menunjuk-nunjuk di kalangan pengendali hotel empat atau lima bintang apabila mereka bersaing untuk menarik pelanggan.”

“Tetapi, semua orang tahu anda tidak boleh makan dengan begitu banyak dan anda akan rasa kenyang dengan cepat. Kita semua bersetuju bahawa ini (pembaziran) berlaku, tetapi tiada sesiapa melakukan apa-apa mengenainya. Saya benar-benar sedih mengenai perkara ini.”

Huybrechts bukan Muslim tetapi beliau tetap mengikuti amalan penduduk Islam untuk berpuasa pada Ramadan. Beliau menjadi seorang penduduk Emiriah Arab Bersatu sejak tiga tahun lalu dan mempunyai latar belakang pemasaran.

“Saya ingin pergi jauh dengan kempen ‘Bersederhana ketika Berbuka tetapi tidak mempunyai bajet untuk melaksanakannya. Saya perlu cari penaja,” katanya lagi. – Agensi

Azhan: Waktu membeli semua dipandang sedap, dah makan separuh saja yang mampu terisi...

24 comments:

  1. membazir tu sahabat syaitan kan.. supaya kita tak tergolog dalam golongan macam tu

    ReplyDelete
  2. kan bagus kalo iftar tu dibuat untuk anak2 yatim ke fakir miskin ke...org berkemampuan mmg suka membazir. org yg x mampu mkn apa yg ada jer.

    ReplyDelete
  3. yang menegur pun bukan Islam. malu je.

    ReplyDelete
  4. orang bukan islam pun tahu besederhana....inikan kita yang alpa...emm

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..
    setakat ni akak masak tak de lagi yang dibuang ke tong sampah...
    semuanya akak pastikan licin ..
    hehheh..

    selalu yang akak tengok orang kaya kalau berbuka memang bapak membazir..
    penuh meja...
    berbuka kat hotel..
    bila makan tak habis dibuang2 je...

    ada duit tak reti pulak nak sayang2 duit tu..

    ReplyDelete
  6. xtau nk ckap ape dh. xkan nk jdikn bdya kann?
    better yg lebihan tu hntr kt msjid, sedekah kt org2 susah yg lg ramai xbleh mkan

    ReplyDelete
  7. Orang bukan Islam ajar orang Islam supaya tidak membazir semasa berbuka puasa ...Menarik...

    ReplyDelete
  8. Puasa sepatutnya mengajar kita untuk berjimat... tepati kera-jaan m'sia yg terkenal keislamanya menggalakkan supaya masyarakat islam melayan nafsu dgn tumbuhnya bazar ramadan yg amat banyak dan kempen2 berbuka puasa atas nama kebajikan dan anak2 yatim yg menjadi fitnah... NAUZUBILLAH

    ReplyDelete
  9. ye betul..sblm bukak pose semua benda nak makan...bile dah bukak pose tak larat pon nak abeskan semua..membazir je

    ReplyDelete
  10. nafsu je semata..
    setakat ni x pernah lagi sye g bazaar...
    mak je yg masak kat umah...
    =D

    ReplyDelete
  11. membazir itu saudara syaitan,jadi sesiapa yang suka membazir tu layaklah di panggil anak setan.mcmmana tuan punya blog setuju?
    Rasulullah s.a.w ketika mgambil wudhuk sekalipun amat berjimat dengan pggunaan air.

    ReplyDelete
  12. sayangnya makanan yg dibuang tu..kan elok klu disedekahkan kpd surau2 atau masjid2..dpt pahala jgk..

    ReplyDelete
  13. masih ramai yang tak mampu nak berpuasa nafsu dalam bulan Ramadhan ni.

    ReplyDelete
  14. salam ziarah..
    adeiii..patut la berat makin naik p0se-p0se ni..tiap malam duk abiskan lebihan makanan yang ada, tak nak membazir..huhu

    ReplyDelete
  15. salam..

    baru gak dgr kat ikim td psl berita ni..sedih kot,org kat somalia tu x cukup mknn lg...

    mse ni la amalan bersedekah & bersederhana sgt d'anjurkan :)

    ReplyDelete
  16. klo orang bukan Islam pon dah ambik cakna tapi kite orang muslim tak sedor-sedor malu jugak laa..adoi

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum...

    Rezeki mencurah-curah di bulan yang penuh berakah dan tidak dinafikan pembaziran akan berlaku. Semua orang mahu bersedekah sehinggakan bila kita memberi sepiring kueh kepada setiap buah rumah jiran kita, ianya akan kembali ke rumah kita dengan beraneka jenis makanan sebagai balasan dari mereka. Bayangkan kalau 10 buah rumah...Allah Akhbar

    ReplyDelete
  18. amalan buruk la ni, saya sendiri sering mengingatkan org rumah supaya jangan membazir
    ingat lah orang somalia ini

    ReplyDelete
  19. Btl2, ade gak terbaca ni... emmm rakyat malaysia ni perlu berubah...trmsukla sy..hi3

    ReplyDelete
  20. pelikkan sikap masy Islam (bkn semua), bila bln puasa mrk berbelanja melebihi bln lain..sepatutnya bln puasa lebih jimat..
    kami skluarga tetap makan sperti rutin hari2 biasa...xde lebih xde kurg....

    ReplyDelete
  21. Betul,kita selalu membazir dibulan ramadhan,lihat sahaja di pasar juadah,ramai yang membeli mengikut nafsu lapar sahaja.

    ReplyDelete
  22. yelar betul tu sbnany bulan ramadhan ni ler bulan yang kiter berjimat,,tapi selalau orang beli banyak last buang,,,perut dah biasa kosong setengah hari jadi bila isi sikit jer dah rasa kenyang,,itulah hikah ramadhan,,kurangkan nafsu,,lebihkan ibadat =)

    ReplyDelete
  23. terbalik plak jadinya lau bulan suci lebih byk pembaziran mknan drpd bulan2 biasa.. mse puasa smua mknan ase nk mkan. tp ble dah berbuka mkan sket pn dah ckup sbnarnya..

    ReplyDelete
  24. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip tayar motorsikal pancit

    eeemmmm pembaziran amalan syaitan... bulan posa ni selera naik tu yang jadi tamak dan tak habis

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...