Pages - Menu

14.8.11

Berhenti Tabiat Merokok Di Bulan Puasa | Berhenti Membunuh Diri

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Rokok? Perkataan yang menjadi kegemaran dan menjadi musuh pada sebilangan manusia. Ada juga manusia suka bersahabat dengannya, bagai aur dengan tebing...begitulah sukar untuk memisahkan pasangan insan dengan sang kekasihnya, si rokok durjana. Insan punya akal menimbang yang baik dan buruk, jauh sekali haiwan yang tidak punya akal untuk menilai sesuatu...jangan biar diri dipergunakan angkara makhluk yang berbatang-batang itu.

Ramadhan mendidik supaya menahan diri daripada segala bentuk kemungkaran, harapan itu sepatutnya dapat diteruskan hingga ke bulan seterusnya. Jika kita berjaya tidak merokok pada bulan ramadhan, bermakna kita juga mampu melakukan perkara sama di bulan yang lain. Semua pada diri...jika berbicara soal hukum hakam merokok, rasanya pasti semua sudah sedia maklum merokok adalah haram. Tetapi kesedaran belum terbit dari hati...perokok dan jualan rokok bertambah setiap tahun.

Justeru, saranan akhir berhentilah membunuh diri anda dan berhentilah daripada membakar wang sesuka hati sekalipun anda seorang jutawan blog...simpan duit untuk zakat fitrah serta memperbanyakkan sedakah jariah =)
PUTRAJAYA: Kajian mendapati 95 peratus daripada perokok beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka berupaya mengawal diri daripada merokok. Justeru itu, Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi program Nafas Baru Bermula Ramadan dengan slogan 'Ramadan titik permulaan untuk berhenti merokok'.

16 comments:

  1. bukan takat bunuh diri sendiri jer tp melibat kan nyawa org lain gak. org yg menghidu asap tu. cth mcm sy ni pesakit lelah sgt2 alergik dgn asap rokok. kalo kt tmpt public tak kan sume org kite nk ckp jgn merokok dpn sy la sy lelah. huhuhu

    ermmm kena buat tag kt baju kot bg dorg bace sendiri huhuhu.

    ReplyDelete
  2. dah alang2 berpuasa tu...mmg sesuai sgt utk benti terus..duit pun slmt.skang rokok mahal pe.

    ReplyDelete
  3. Semoga para perokok akan cepat insaf dan kasih sayang pada keluarga mereka. Bayangkanlah lelaki harapan keluarga tetiba pergi terlalu cepat. Terumbang-ambinglah keluarga. maka porak perandalah jadinya.

    ReplyDelete
  4. bulan puasa boleh tahan dari merokok tp kalau x puasa kenapa ssh sgt ha??
    dah la membazir duit beli rokok..
    hampeh..

    ReplyDelete
  5. Kawan kakak ca ya nun alif tau... dia kata kalau tak hisap rokok nanti jadi gemuk!! Tak tahu betul ke tidak sebab hubby, abang dan bapak kakak tak hisap rokok...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. tak hisap rokok..banyak blh jimat..

    ReplyDelete
  7. betui2... tapi kdg2 laki ni bila dah brhenti, takleh tahan dgn kwn2 la... bau asap dia pon buat dia kalah agaknya lakan......ermm tak dtgkan ape2 manfaat pun mrokok nikan..

    ReplyDelete
  8. sape yang boleh berenti rokok lepas hisap rokok dari zaman skolah memeang terer aa..hik3

    ReplyDelete
  9. semasa akak menjaga mama akak sakit di ICU sebuah hospital trkenal di Kota Bharu, akak trtarik dgn iklan yg ditampal disetiap penjuru hospital itu "Merokok Adalah Haram kerana membahayakan kesihatan"..lebih kurg camtulah kata2 yg trcatat.....

    ReplyDelete
  10. salam, memang depa ni boleh tahan sepanjang hari, tapi bila berbuka rokok 2,3 batang dulu...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah saya tidak merokok
    :-)

    ReplyDelete
  12. buat zon larangan merokok sendiri walaupun kat rumah. konfem kengkawan yg mrokok fikir bkali2 sblum langkah masuk.

    ReplyDelete
  13. Merokok membahayakan kesihatan =)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    Sekarang dah difatwa hukumnya haram maka wajiblah umat Islam meninggalkannya

    Mudah-mudahan dengan tarbiah dari Ramadhan, mereka yang terlibat berhenti merokok

    ReplyDelete
  15. rokok sepanjang masa bahaya :D

    ReplyDelete
  16. aku pernah merokok dlu.. tp hnya utk berlagak cool la kononnya..
    hakikatnya, rokok x sedap pun.. haha..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...