Pages - Menu

24.7.11

Tragedi Jalanan: Penembak Tepat & Pergaduhan

Alhamdulillah, selamat sampai KL tepat jam 9.30 malam tadi. Sebelum balik ke rumah sewa, aku singgah rumah sepupu di Putrajaya, motor aku parkir sana ja sebelum balik Kedah hari tu. Bertolak pulang KL ni aku naik kereta dengan sepupu aku, dia bawa, aku melepak saja di tepi...mata sesekali berpinar, mengantuk...badan terasa keletihan amat sangat.

Adegan Pertama

Bertolak dari Kedah jam 10 pagi, cuaca masih pagi....kereta di lebuh raya masih tidak banyak, mungkin bukan musim cuti sekolah. Tiba kawasan Bukit Merah...sepupu aku baik punya ambil selekoh, meter kereta dah 145km/j. Tak jauh situ aku terpandang lembaga putih yang baik punya sandar di tiang. "Macam kenal lah mamat tu...tak kan saudara kot..." getus hati aku ni.

Arghhhhhhhhh! Tidak...! Sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur terlajak laju sesal pendapatan...berbagai ayat terkeluar dari mulut aku ni. Sepupu aku siap kasi hon baik punya kat mamat baju putih tu...macam biasa, sesekali kasi hamburan kata sumpah seranah...muka senyum awal memandu, berubah keruh hingga tiba Putrajaya. Aku pula ketawa tak sudah =)

Aku jumpa mamat tu lebih kurang port macam ni...waspada apabila  memecut di Lebuh Raya. Jangan sampai "Nasi Jadi Bubur...". Dah dekat puasa dan raya ni, elok simpan pendapatan buat kebajikan daripada pembaziran membayar saman.hehe

Adegan Kedua

Lebih kurang pukul 9 malam aku mula bergerak dengan motorsikal aku dari Putrajaya ke KL. Cuaca sejuk, sunyi sepi jalan raya malam hari di Putrajaya ni. Selepas saja aku ambil selekoh dari kawasan perumahan, aku terpandang dua lembaga. Ni bukan lembaga dalam cerita Karak, ni lembaga sedang bertelagah. Si Lelaki dan perempuan, si perempuan diherdik caci maki, tak cukup dengan tu ditolak pula....ish3...apa hal pula tu....?

Aku perlahan motor dekati lembaga tu. Apa punya laki la...ramai mata memandang ke arah mereka dari luar apartment. Ades..malu pula aku tengok, yang pasti usia mereka lebih tua dari aku...ada masalah pun jangan sampai tepi jalan pun jadi port gaduh...lepak kedai mamak, selesai baik2 sudah la...tak lama lepas tu ada sebuah kereta datang rapat ke situ. Pergaduhan lembaga tadi mula terhenti...aku biarkan saja mereka, teruskan perjalanan hingga tiba ke rumah.

Azhan: Terima kasih kepada semua sahabat yang menyertai Contest Aku Berpuisi, kepada yang sudi dan ada kelapangan...masa masih belum terlambat...jom meriahkan juga. Mohon maaf juga jika kunjungan belum sempat dibalas atas kesibukkan sekarang..insyaAllah akan sampai juga =)

12 comments:

  1. haha..abang polis rupenye..kui3

    ReplyDelete
  2. owh ade speedtrap ke..hehe..hati2 nk raya ni mmg byk operasi ade..jgn laju2 janji slmt sampai ke destinasi..hehe

    ReplyDelete
  3. Banyak lembaga dlm gelap yg kita tak nampak bila dah nampak jadi marah sebab salah sendiri, ada yg buat kita menyampah ternampak adegan tak diingini...

    p/s: Jadi lembaga ini (LHDN) untung kutip duit juta-juta....:)

    ReplyDelete
  4. salam, kadang2 lupa jugak...

    ReplyDelete
  5. Adegan pertama tu lucunyer....Hahahahaha

    ReplyDelete
  6. uikk.. awat pi putrajaya lmbt sgt? haha..

    tu awat potret polis bleh parking kt tiang tu plak? haha..

    hhmm.. len kali, hantuk ja pala 2 lembaga dok bergaduh tu.. haha..

    ReplyDelete
  7. hahahaha
    gambar polis dkt bawah jambatan tu lawak
    ekekekekekekek

    ReplyDelete
  8. Wah cerita menarik disepanjang perjalanan sebagai tauladan...

    ReplyDelete
  9. ades...bang misai di tengah-tengah highway

    ReplyDelete
  10. hehe.. penembak tepat.. kalau kena kena tembak settle di balai.

    *Dapatkan Facebook Like Fanpage Popup Percuma.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...