Pages - Menu

23.7.11

Malaysia Mengecam Serangan Bom Di Norway

KUALA LUMPUR 23 Julai – Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan bom ke atas bangunan pejabat kerajaan di Oslo serta kejadian tembakan di kem remaja di Utoeya, Norway semalam. Kementerian Luar dalam kenyataan media hari ini berkata, Kuala Lumpur turut merasa terkejut dan sedih di atas kejadian itu yang sengaja disasarkan kepada orang awam.

Kerajaan turut menyampaikan perutusan takziah kepada kerajaan Norway di atas kejadian yang telah berlaku itu, kata kenyataan itu. Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden yang ditauliahkan serentak ke Norway sedang memantau perkembangan selanjutnya.

Setakat ini, 91 orang dilaporkan terbunuh dalam kedua-dua kejadian itu, termasuk 84 dalam kejadian tembakan secara rambang oleh seorang lelaki di tempat perkhemahan remaja di pulau peranginan Utoeya. – Bernama

Azhan: Malaysia pun apa kurangnya, dikecam pada 9hb Julai lepas oleh seluruh dunia atas kekejaman juga..

2 comments:

  1. salam, yang tidak bersalah menjadi mangsa...

    ReplyDelete
  2. bila la dunia ni nk aman..ttp kalau pemimpin adil n ikhlas, semua ni xkan berlakukan...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...