Pages - Menu

9.7.11

Aktivis BERSIH Terbunuh Akibat Gas Pemedih Mata

Seorang peserta perhimpunan BERSIH 2.0 telah meninggal dunia kerana sesak nafas, dipercayai disebabkan terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, yang dilepaskan oleh pihak polis tadi.  Baharuddin bin Ahmad, 59 menyertai perhimpunan di sekitar pusat beli belah SOGO, dan kemudian menuju ke KLCC.

Baharuddin Ahmad ialah suami kepada Rosni, Ketua Wanita PKR Cabang Titiwangsa.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview menuding jari terhadap kerajaan kerana menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.  "Ini sesuatu yang amat menyedihkan kerana menyebabkan kematian.  Kerajaan tidak faham apa itu kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, maka cara ia menangani perhimpunan telah menyebabkan tragedi ini."

Menurut Zuraida (gambar kiri), Baharuddin meninggal pada kira-kira jam 6 petang, di Hospital Kuala Lumpur.  Baharuddin dikatakan sesak nafas ketika melarikan diri dari gas pemedih mata. Ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0, polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air berkimia.

Azhan: Al Fatihah kepadanya...sejarah hitam 9hb Julai 2011 akan dikenang sampai bila-bila...

21 comments:

  1. join demonstrasi kira ambek risiko... risiko tu trs kpd dri sndri.. so x perlu la tunding2 jari.. peace~

    ReplyDelete
  2. betul tu saiazuan...just boleh mintak kawan2 200,000 tu yg hadir mohon sama ..semoga rohnya di sisi para shahid dan syuhada...kan saiazuan? xpayah tunding2

    ReplyDelete
  3. betul kata saiazuan yg menanggung risiko tu diri sndri...
    tapi kita kan negara demokrasi yg patutnya pemimpin mendgr suara rakyat..
    kalau xde perhimpunan sebegitu sampai bila pun x de perubahan dalam kepimpinan..
    apa yg nak di takutkan dgn suara rakyat kalau rasa dia sebagai pemimpin tu dh cukup bgs???betol x??
    kira bagus la mereka ni berani pergi berhimpun dan menyuarakan suara rakyat...
    berani kerana benar takut kerana salah...
    takziah kat keluarga mangsa..
    sekian..

    ReplyDelete
  4. Arwah akan menuntutnya diakhirat terhadap di pembunuh...itu pasti...tunggu ja....

    Istilah "risiko" apabila mereka merasakan negara ni hak mutlak mereka....

    ReplyDelete
  5. betul kata sailazuan tu,,lebih baik duduk kt umah jer,x pyh cmpr tgn dlm kebajikan negara,,yela negara ni kan ada pemimpin yg handle,,kiter rakyat ni buat apa nak tanggun risiko kan,,

    ReplyDelete
  6. kenyataan rakyat yang tidak memhami perlembagaan....sebut saja siapa intelektual yang menentang? Sasterawan negara sendiri turun...

    ReplyDelete
  7. Tadi tertengok lenggok berita jam 8, pemberita bergaji melaporkan tiada kemalangan jiwa dan terdapat lapuran palsu di internet, kita lihat kebenarannya..... Kalau tiada sekatan daratan, ugutan minda, propaganda sindrom berganda pasti lebih meriah perhimpunan aman. Tunggu lagi berita esok hari...

    ReplyDelete
  8. join demonstrasi memang ambil risiko tinggi . jangan la menunding jari ke arah orang lain . Allah maha adil . Jika perjuangan ini betul - betul untuk menegakkan kebenaran . InsyaAllah arwah akan dikumpulkan disisi para syahid hendakNya .
    takziah kepada keluarga mangsa.
    semoga rohnya dicucuri rahmat hendakNya.

    ReplyDelete
  9. assalam... hanya mampu ucap inna lillahi inna ilaihi rajioon... satu nyawa dah melayan...

    ReplyDelete
  10. Kita tidak patut menghalang perhimpunan aman, tetapi perhimpunan aman di tempat yang tidak sepatutnya perlu dihalang lebih-lebih lagi sehingga melimpah ruah ke jalan raya sehingga boleh menyebabkan kesesakan. Jika berlaku di Stadium Shah Alam tidak akan tembakan dilepaskan. Kami majoriti yang tidak menyokong mana-mana pihak terasa kesusahannya dan dengan cukai yang kami bayar untuk membayar gaji polis, kami setuju dengan tindakan polis untuk menyuraikan keadaan. Kematian arwah Baharudin perlu dituding jari kepada penganjur Bersih kerana kedegilan meneruskan demo jalanan. Al Fatihah untuk saudara Baharudin.

    ReplyDelete
  11. tunggu sahaja penghakiman tertinggi di akhirat.....semua akan diadili seadil-adilnya, siapa yang bersuhabat turut tidak terlepas...

    ReplyDelete
  12. memang betul..negara demokrasi harus mendengar suara rakyat..tapi takkan la kerana suara 200k orang rakyat harus didengar dan mengabaikan 20++ juta rakyat malaysia..jadi terima la hakikat..jika rakyat benar-benar nakkan perubahan suda pasti ramai yg turun padang semalam..fikir-fikirkan lah..

    ReplyDelete
  13. kalau bukan kerana sekatan "gila" oleh polis, ramai penganalisis menjangkakan 2 juta bakal berhimpun...berapa ramai lagi yang terkandas di luar KL...

    kenapa mereka tidak tunaikan janji untuk stadium, byk pula putar belit.

    YDP Agong sudah perkenan apa mereka sudah menderhaka?

    ReplyDelete
  14. SAPE SUH P BERSIH???
    SKANG NI DA MENINGGAL NK TUDING2 JARI KT ORG LAK....XPERLU LA SUME TU BAB AWAL2 AGI POLIS DA CAKP JGN PERGI
    TP DEGIL..
    AGI 1 MMG NEGARE KITE NI DEMOKRASI TP BUKAN DEMOKRACI NI MKSDNYE MMBUAT RUSUHN TUL X??
    SO KOME2 NI PIKIR LA SNIRI...
    XCKUP KE NEGARE KITE SKNG NI DA AMAN DAMAI N SEJAHTERE???
    KOME NK NEGARE KITE NI MISKIN MCM SBLUM MERDEKA??
    KOME NK ORG MELAYU DUDUK BLIK KT KG MCM ORG PUTIH BUAT KT KITE DULU??
    PIKIR LA SUME TU ORG MELAYU

    KLU NK ANTA MEMORENDUM SUME TU WAT PE NK ANTA RAMAI2??
    XLEH KE KLU ANWAR SNIRI KE LIM KIT SIANG KE KARPAL KE??
    NPE NK BABIT KN SATU NEGARE???
    KITE PUN BLH PIKIR SNIRI SUME TU...
    KITE YG D BWAH NI SSH PAYAH BUAT RUSUHAN TP YG ATAS TU CNE??
    NPE DLM BERSIH NI MUKE KARPAL OR LIM KITSIANG XNMPK???
    NPE MAJORITI SUME MELAYU????
    PIKIR SUME TU..
    NEWAY PEACE SUME

    ReplyDelete
  15. Semalam Karpal datang dengan Gobind...orang tak tahu akan terus membuat spkulasi murahan.

    Demokrasi? rasanya saudara diatas masih kurang memahami asas perlembagaan.

    Negara kita belajar byk ilmu daripada barat, tidak salah mana yang baik kita belajar. Negara barat seperti US, UK, Germany byk melakukan himpunan umum untuk menyuarakan bantahan terhadap sesuautu isu...Apakah dengan himpunan itu mereka terus mundur ke belakang?

    biar berkata atas realiti semasa...bukan berkata atas andaian yang kolot dan tidak berasas.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT YANG TIDAK PUTUS-PUTUS MEMBERIKAN PANDANGAN. CUMA MENJADI MISTERI BEBERAPA ORANG YANG TIDAK BERNAMA ITU =)

    SETIAP PERKARA ADA PRO DAN KONTRA TETAPI PENILAIAN TERHADAP SESUATU TIDAK LEPAS DARIPADA HAKIKAT KEMANUSIAAN YANG SEMAKIN TIPIS.

    ReplyDelete
  18. pihak polis hanya menjalankan tugas mereka,demi keamanan dan ketenteraman,saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi bersetuju dengan saudara di atas,menyerahkan memorendum tidak perlulah berkumpul beramai-ramai,protokol kan ada.so tindakan seperti semalam seolah-olah negara kita ini tidak ada undang-undang dan peraturan.

    ReplyDelete
  19. polis menjalankan tugas untuk pemimpin yang zalim. Protokol? Perlembagaan jelas membenarkan himpunan secara aman. YDP Agong turut perkenan tentang perkara ini.

    Undang2 diperketatkan kepada manusia yang punya kepentingan.

    ReplyDelete
  20. Maafkan saya..adakah bukan lebih elok jika kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah dari asyik menunding jari...

    Walauapapun,semua pihak bersalah jika kita lihat pada keseluruhannya...masing2 punya agenda tersendiri dan jugak kepentingan sendiri...

    Namun,diharapkan kisah ini dijadikan tauladan supaya mendekatkan diri pada-Nya...nyawa kita ini adalah milik-Nya..andai sampai waktu expiry date kita..kepada Allah swt jugak kita pulang...

    Al-fatihah untuk Arwah dan takziah buat keluarganya...

    ReplyDelete
  21. mama rizqullah: betul kak, terus mendoakannya kerana kita sendiri tidak tahu dimana dan bila akan dijemput oleh Allah....moga Allah merahmati semua

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...