Pages - Menu

6.6.11

Wanita Obsesi Cantik | Wanita Seluruh Dunia Berbeza?

Salam untuk semua, moga dirahmati =)

Apakah pengertian cantik pada kita, khususnya wanita-wanita ayu dan cun sekalian.hehe? Adakah dengan berkulit putih melepak bak fair and lovely girl, licin macam telur rebus kenduri kahwin yang dikupas-kupas elok-elok bawah air paip, kurus macam Lisa Surihani tak pun Liyana Jasmay, pinggang ramping macam pakai bengkung Elken, tinggi macam Nasha Aziz, rambut panjang macam iklan Pantene atau rambut layer ada higlight kuning macam Beyonce dan sebagainya.

Dalam rancangan Oprah Winfrey Show mendedahkan betapa pelik dan menarik serta mengejutkan cara-cara wanita di luar negara berhempas pulas untuk cantik.


Jepun:
  • Kulit: Kecantikan bagi mereka ialah kulit yang cantik mulus, putih, halus macam porcelain.
  • Penggunaan Kolagen: Wanita di sana sangat obses dan mengambil kolagen dalam pemakanan samada dicampur dengan air teh atau dimasak dengan makanan, ataupun pergi ke restoran yang menyediakan Collagen Hot Pots.Selalu kita dengar kolagen ikan kan, ini kolagen daging lembu pun ada..huhuhuhu seram pulak dengar. Tapi memang orang Jepun kulitnya cantik mulus kan?
Suka dengan Kak Nanako (kenapa macam dialog ShinChan ni?)
  • Kuruskan pipi: Kulit dah cantik, muka mesti kena slim dan tegang tak ada pipi-pipi tembam-tembam air, jadi mereka suka guna face-slimming belt.
Fuhh sekali tengok macam patah tulang pipi


Brazil
  • Masalah kecantikan diibaratkan sebagai masalah negara. Negara yang terkenal dengan wanita-wanita cantik ini sangat obses tentang bentuk badan yang ‘perfect’ tanpa seinci lemak, terutama bagi wanita yang tinggal berhampiran pantai-pantai (kata nak pakai bikini).
  • Majoriti wanita berat antara 45-55kg sahaja-Brazil pengeluar pil diet terbesar di dunia.
  • Pembedahan plastik/kosmetik satu perkara normal, malah terdapat 4 majalah wanita khas untuk pembedahan plastik ini. Hebat!
  • Hampir separuh dari gaji dibelanjakan untuk kecantikan.
  • Struggle untuk cantik: Wanita-wanita Brazil tidak akan bahagia/gembira jika tidak cantik..Adoyaii
Model Victoria Secret-Adriana Lima juga berasl dari Brazil


Iran
  • Menjadi pusat ‘nose job’ atau pembedahan plastik hidung terbesar di dunia kira-kira 60,000 kes setiap tahun. Kenapa ye hidung depa kan dah mancung?
  • Tutup aurat: Oleh kerana setiap inci badan dilitupi kain kecuali jambul sejembut dan muka, maka fokus utama ialah wajah di mana semua orang boleh menghayatinya..Gulpp
  • Selepas pembedahan mereka akan memakai pembalut hidung dengan bangganya seolah mendapat anugerah. Yang hairannya, yang takut nak buat operation pun akan menampal hidung mereka untuk menunjukkan mereka telah membuat pembedahan hidung kononnya..Pelik!
Stail pemakaian tudung wanita Iran


Mauritania (Afrika)
  • Gemuk itu cantik, gemuk itu sexy!, semakin gemuk wanita itu, semakin tinggi sahammnya.. Fuhhhh terbalek pulak..
  • Sanggup ambil dadah untu gemuk, kanak-kanak perempuan dipaksa makan makanan dengan banyak dan tinggi kandungan lemaknya…Kat Malaysia ada weight gain susu, meh datang sini…
Sian, macam sedih je muka masing-masing

 

Perancis
  • Ramping itu sexy..
  • Sexy dari umur 20 tahun hingga ke 60 tahun, masih dan mesti bergaya. Nenek tuuuu!
  • Kecantikan bermula dari dalam-bermula dari kulit yang dibubuh pelembab, lepas itu memakai sexy lingerie maka akan terlahir keyakinan yang tinggi, gtewww


Azhan: Fuhhhh! memang betullah ye wanita seluruh dunia obses dengan kecantikan ini…tetapi sejauh mana kecantikan yang diamanahkan dan dikurniakan dijaga dengan sebaiknya ke arah yang diredhai-NYA? 

17 comments:

  1. cantik itu subjektif! hahaha


    manusia yang paling cantik, yang baik akhlaknya rasanya...tak ke?huhu

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang mnarik di sini :)

    ReplyDelete
  3. ada kak nanako kt sini, hukk...

    latest en3: kl gangster

    ReplyDelete
  4. fasihah: ya, subjektif.hehe..baik aklhaknya adalah yang terbaik =)

    pesona: TQ =)

    caliph: haha..kak nanako klon =)

    ReplyDelete
  5. kalau nak cantik jangan lah sampai jadi hamba kecantikan.

    -_-

    ReplyDelete
  6. hati pun nak cantik jugak kan...

    ReplyDelete
  7. Ada yg nak cantik berakhir dgn hasil yg negetif. Itulah padah tak bersyukur.....

    Wanita dan kecantikan tak boleh dipisahkan...

    ReplyDelete
  8. cantik itu subjektif...yg pnting cantik dalaman yg akan kekal smpai bila2....

    ReplyDelete
  9. lebih suka kecantikkan natural...salam kenal...thanks cos sudi exchange link & follow...sha dah masukkan link anda dlm bloglist sha...

    http://thegoldenrosereturn.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. bersyukur dgn apa yg kita miliki..

    PEACE!!

    ReplyDelete
  11. setiap apa yang Allah dah tentukan untuk kite, tue la yg sebaiknye tuk kite.. syukurlah dgn ape yang Dia bg pnjam tue..

    ReplyDelete
  12. kalau dah obses nak cantik..sakit pun sanggup!

    cuma sebagai hamba Allah kita kena berbalik pada niat nak cantik tu atas sebab apa???

    lagipun setiap kejadian Allah tu semuanya dah cantik..bersyukurlah kita atas kurniaannya itu

    ReplyDelete
  13. Petikan yg menarik.. Lebih kemas kalau dperluaskan skop cantik a.k.a dalaman dan luaran.

    ReplyDelete
  14. benrauf: betul tu, jangan terus jadi hamba dunia sahaja..

    ummiross: yes! =)

    kakzakie:syukur dengan ciptaan=)

    nza:ya kak..dalaman lebih penting =)

    golden: ya. terima kasih sudi link =), saya link kembali =)

    nusha:betul2..syukur =)

    kiera:betul tu..terus bersyukur atas nikmat-NYA =)

    makdara: niat menjaga kecantikan sbg tanda syukur =)

    afnan: insyaAllah =)

    ReplyDelete
  15. haha.. punyala obses nk cantik smpai sggup depa siksa diri nowh.. haish..

    ReplyDelete
  16. nak cantek tinggi risiko, kena tahan sakit, byk belanja, maintenance tinggi huhuhu...

    ReplyDelete
  17. mcam2 manusia ni. sggup bersusah payah untuk kepuasan dan kecantikkan. ternyata mereka lebih menekankan kecantikkan luaran.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...