Pages - Menu

22.6.11

Umara' dan Ulama | Mengapakah Dua Golongan Ini Penentu Kesejahteraan Masyarakat?

Panglima Islam seperti Sultan Salahuddin Al Ayubi (Menawan Baitul Muqaddis) dan Sultan Muhammad Al Fateh (Menawan Kota Konstantinople) adalah model umara' dan ulama yang unggul.

Abdullah Ibn Mubarak : ” Dua kelompok manusia, jika mereka baik, maka masyarakat akan baik, sebaliknya jika mereka rosak, maka masyarakatpun akan ikut rosak, mereka itu adalah para ulama dan umara’. “

Hal ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah saw :
” Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu begitu saja dari diri para ulama, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan matinya para ulama, sehingga jika tidak tersisa seorang ulama-pun, maka masyarakat akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpin, jika mereka ditanya mereka menjawab tanpa ilmu, sehingga mereka sesat dan menyesatkan ” ( HR Bukhari )

Apa yang paling banyak berlaku dalam sejarah Islam ialah apabila terlantiknya umara’ jahil maka banyak nasihat ulama’ yang tidak berkenan dengan nafsu mereka ditolak. Apa yang lebih malang ialah apabila terlantiknya umara’ jahil didampingi pula oleh ulama’ palsu atau jahat maka keadaan bertambah buruk apabila ulama’ jahat ini bertindak menghasut umara’ jahil untuk melakukan kezaliman sebagaimana pernah di hadapi oleh Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan selainnya.

Jom kita lihat di bawah contoh zaman kegemilangan era Khalifah Islam dengan gandingan Umara dan Ulama:-

Khalifah Umar ibn Abd Aziz (mujadid) + Imam Hasan Al Basri (Ulama sufi yang agung)

Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya

"Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya"

Khalifah Abdul Malik bin Marwan + Sufian al-Thawri (antara 10 ulama sufi yang alim dalam sejarah Islam)

Kata Suffian al Thawri: Dan kamu wahai khalifah, kamu telah melakukan tindakan ini, kamu seperti kaum Ad yang Allah gambarkan dalam ayat di atas, kamu boros, kamu membelanjakan harta negara untuk bermegah-megah, kamu tidak melakukan ini untuk mendapat keredhaaan Allah. Aku menyelar tindakan kamu ini dan menganggap tindakan ini adalah tindakan yang salah dalam memerintah negara, sedangkan kamu telah diberikan amanah oleh Allah untuk membuat islah kepada rakyat di bawah pimpinan kamu.

Khalifah menangis teresak-esak dan menginsafi kesilapan yang beliau lakukan dan di akhir solat Jumaat beliau tampil ke hadapan dan memohon maaf dari Sufian, berterima kasih kepadanya kerana memberikan teguran kepadanya.

Begitulah sedikit contoh yang dapat dikongsikan, banyak lagi kisah para ulama yang tidak gentar menegur para umara' demi kesejahteraan rakyat bawahan. Siapa yang tidak impikan suasana seumpama ini kan...? Pasti semua rasa kagum dengan kisah silam yang mencerminkan betapa pentingnya gandingan ulama dan umara' dalam pemerintahan.

8 comments:

  1. pemimpin yang baik melahirkan rakyat yang baik.

    teladan melalui kepimpinan.

    bukan hanya pemimpin negeri, negara memainkan peranan sebagai pemimpin, malah di dalam institusi kekeluargaan, bapa menjadi pemimpin keluarga, abang pemimpin adik2, begitulah yang lain, semua memainkan peranan sebagai pemimpin, dan harus bertanggungjawab atas pimpinan dan orang yang dipimpin.

    ReplyDelete
  2. assalam..

    trm ksh brkongsi ;)

    ReplyDelete
  3. Salam sahabat,
    Artikel yang menarik dan kena pada keadaan sekarang yang mana pemerintah yang zalim disokong oleh ulama' suk.

    ReplyDelete
  4. pemimpin yg baik, akan dikenang smpai bila2.....

    ReplyDelete
  5. alangkah bagus jikalau ulama kerajaan skarang ini berani menegur pemerintah...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...