Pages - Menu

21.6.11

The Star Online: 99 Peratus Bersetuju BERSIH Dianjurkan | Kesedaran atau Desakan?


Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawab 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari. Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

BERSIH! Perkataan yang jadi fobia sekarang dalam TV dan akhbar...hampir setiap masa BERSIH jadi tumpuan...macam2 reaksi diberikan. Yang pasti dalam TV dan Akhbar arus perdana serba serbi negatif...itu biasa...lumrah selamanya...

Aku terkejut juga tengok hasil responden pembaca The Star di atas..korang tengok sendiri data yang diperoleh...99 peratus responden bersetuju? Apa ertinya...? Pada hemat saya...rakyat inginkan perubahan dalam pentadbiran negara yang lebih adil, telus dan amanah.

Apa pandangan anda semua tentang ni...? Tak kisah lah komen positif mahupun negatif...janji jujur dan ikhlas...jangan bergaduh bertekak sudah la =)

11 comments:

  1. 99% berbanding 1%..Ini bukan jumlah yang sikit, lebih sejuta berbanding 14k yang tidak bersetuju dengan Bersih. Ini bermakna lebih sejuta rakyat Malaysia tidak puas hati dengan SPR dan itulah kenyataan yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan SPR. Baru2 ini kita dikejutkan dengan pendedahan YB Azmin Ali yang mengatakan lebih 11 orang daftar pengundi yang mempunyai alamat rumah yang sama dengan Ibu beliau. Ini satu penyelewengan!!! Sampai sekarang SPR masih belum menjawab kenyataan tersebut....SPR sudah tidak relevan bagi rakyat malaysia....

    ReplyDelete
  2. 99%? wow! jurang yg sgt besar..
    adakah ini 1 petanda tsunami politik terbesar bakal berlaku PRU nnt?
    insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah akan ada perubahan dengan pentadbiran Malaysia lepas PRU nanti..dah melampau sangat sekarang ni,

    ReplyDelete
  4. Kita tak tahu pulak statistik pengundi online dari segi pecahan kaum. Kalau bangsa asing memanglah mereka setuju, sbb nak tengok org Melayu hancur, sedangkan mereka akan jadi pemerhati saja pd hari tersebut. Lagipun kita tahu kemana condongnya akhbar The Star tu..

    ReplyDelete
  5. Mungkinkah ada yang mengundi 2 kali atau 100x??

    ...statistik yang agak mengelirukan.

    Namun saya tetap gentar dengan sebaran sms 'pergaduhan' baru-baru ini.

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..
    setuju dengan naim nikmat (lama tak masuk laman beliau)..huhu..
    tak kesah la undi sekali or 100 kali, yang penting itu menunjukan adanya semangat, adanya ketidakpuasan..
    dan InsyaAllah..adanya angin perubahan!

    ReplyDelete
  7. x kisah kalo nak anjurkan bersih, yg jadi masalah bila media wat provokasi melampau tentang kesan negatif.. gua rasa kalo bersih dianjurkan, polis bagi kerjasama, susun elok2 komfem sape2 meniaga hari tu untung besar pasal orang seluruh negara datang join bersih, sambil berhimpon bleh meniaga ye tak? banyak fakta2 dalam media arus perdana yg buat keadaan nampak mcm teruk...

    ReplyDelete
  8. salam semua sahabat...terima kasih sudi beri komen yang berguna. Saya berstuju dengan semua...yang pasti setiap kita bercita-cita untuk menikmati hidup yang lebih selesa dan aman.

    bukan semakin maju, semakin terasa tertekan dengan kehidupan...itu yang berlaku sekarang...tanyalah siapa pun, pasti akan merasakan tekanan akibat ekonomi yang tdaik menentu...

    ReplyDelete
  9. saya setuju....perlu diteruskan...biar sama rata sama adil....jangan berat sebelah...

    ReplyDelete
  10. tentulah keSEDARan! siapa lagi mahu memaksa? kalau ada yang memaksa dan mereka ikut? apa yang diorang dapat? duit? upah? habuan? maaflah pembangkang tidak dapat menyediakan hauan2 berkenaan.

    syukur ada kesedaran. rasa sungguh terharu, dan saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada yang pergi ke Bersih 1.0 yang dulu.

    Azhan dah like page Bersih 2.0?
    :)

    satu lagi suggestion page 'curi-curi wang Malaysia'. kat sini semua bangsa ada, join dan rasailah lebih dari 1 Malaysia.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...