Pages - Menu

16.6.11

Proton Exora Turbo Bakal Dilancarkan Tahun 2011 | Nuffnang BE Proton Exora

Salam untuk semua, moga dirahmati =)

Ada seorang blogger tegur aku baru ni, "Apa la hang ni...dapat BE Nuffnang tentang Proton Exora..tapi hang dok p cerita pasai Perodua Myvi..." 

Patutla aku hairan juga...napa la iklan Proton Exora tak mai singgah kat depan rumah aku ni...silap jenama rupanya...tapi apa salahnya...persaingan sihat sesama produk Malaysia kan... =)

BE Proton Exora...TQ Nuffnang.. =)

Aku tak pernah lagi drive Proton Exora ni...nampak menarik juga...tak tahu sangat prestasi dia macam mana. Mungkin korang semua dah biasa bawa Proton Exora. Apa pun kepada sahabat yang punya keluarga besar yang ingin berkereta luas dan selesa, Proton Exora salah satu pilihan yang sesuai dan ekonomi....kempen sempena nuffnang...hehe. Jom baca info di bawah tentang Proton Exora Turbo yang bakal dilancarkan..

Penantian peminat Proton Exora untuk mendapat versi lebih berkuasa dengan enjin turbo mungkin sudah tiba ke penghujungnya. Menurut laporan dari The Star Online, Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilaporkan berkata, model MPV 1.6 liter Turbo itu akan dilancarkan dalam suku ketiga tahun ini. Ini bermakna pelancarannya mungkin pada bulan Julai, Ogos atau September 2011 akan datang.

Selain itu beliau turut berkata, Proton kini sedang melaksanakan proses akhir “project team” untuk kereta kompak yang dikolaborasikan bersama syarikat automotif Jepun, Nissan. Walaupun beliau tidak mendedahkan projek itu melibatkan model kompak yang mana satu, laporan sebelum ini menyebut ianya adalah model Proton EMAS.

Berkenaan Proton Exora Hibrid pula, model itu kini berada dalam peringkat ujian dan validasi terakhir di UK dan masih ada tempoh selama 2 minggu. Selepas itu Proton akan menyerahkan model hibrid itu kepada kerajaan dan pelanggan terpilih untuk ujian pertama. Jika tiada sebarang masalah, Exora Hibrid akan mula dijual kepada awam mulai tahun depan (2012).


Ini merupakan spyshot Proton Exora turbo yang dikirimkan oleh pembaca Arena Kereta, saudara Zairul. Menurut beliau, Exora turbo tersebut ditemui di atas lebuh raya utara-selatan sebelum exit ke Putrajaya. Kelajuannya dikatakan melebihi 140 km/j, dan terus memecut lebih laju sehingga hilang dari pandangan. Nampaknya PROTON telah menguji enjin dan sistem turbo model itu secara ekstrem.

Tak sabar menantikan model ini dilancarkan secara rasmi kelak. Mesti jualan akan mencanak-canak naik selepas ni dan akan memberikan saingan sengit terhadap model lain seperti Nissan Grand Livina, Toyota Avanza, Toyota Innova, dan terutama sekali bakal memintas jumlah jualan Perodua Alza..hehe..itu ramalan saya saja.


Andaian: Proton Exora ni enjin dia kecik la...kereta besar tapi cc 1.6 CPS ja...mampu ka nak bawa beban berat penumpang yang ramai? Benda ni yang aku banyak dengar orang komplen..tapi korang jangan lupa ada satu kereta ni cc rendah tetapi pecutannya luar biasa....korang nak tau jom terjun bawah ni...

















 Mesti ramai yang kenal kereta ni...ni Mazda RX-8...sekali pandang sudah tahu bagaimana prestasinya...tetapi jangan kita lupa kereta ni hanya mempunyai cc 1.3...ikut cc tu sama saiz dengan Myvi, Saga BLM ja kan...

 Ni enjin 1.3 Mazda RX-8...tetapi berkeupayaan luar biasa semasa memecut. Enjin ni dilengkapi teknolgi Rotary(pembetulan) yang mampu meningkatkan kuasa enjin berkali ganda. Tak mustahil..produk tempatan mampu menghasilkan kereta berteknologi tinggi pada masa akan datang...kereta cc rendah tak bermakna tak power...! hehe

7 comments:

  1. lepas ni mesti dapat be lagi..:)

    ReplyDelete
  2. cun gak exora turbo nie..
    leh r mtk sbijik ngn nuff. haha :D

    ReplyDelete
  3. diana: amin =)

    FariehanIbrahim [LBC]: kaya depa nak bagi sebijik tu.hehe

    ReplyDelete
  4. Mazda RX8 pakai enjin Rotary la....

    Tak sama dengan enjin piston biasa yang digunapakai pengeluar kereta lain.

    Anyway boleh open untuk komen guna name & url ? :)

    ReplyDelete
  5. boleh tu..nama dan url

    itu lah..kalau Malaysia dapat keluarkan macam tu kan bagus...untung murah insurans..haha

    ReplyDelete
  6. tahniah ! meaw pon baru dapat pagi :D

    ReplyDelete
  7. akak pn minat exora ni..yelh family besar mesti mata akan melilau kt MPV jerr dik..kereta biasa mmg sah2 xmuat rakyat jelata akak.....hi...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...