Pages - Menu

10.6.11

Petronas untung RM97.8 Billion Tetapi Harga Minyak Tetap Naik?

Tahniah kepada pihak pengurusan dan kakitangan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang berjaya melonjakkan hasil pendapatan syarikat itu sebanyak 14.4 peratus iaitu kenaikan dari RM210.8 bilion tahun sebelumnya kepada RM241.2 bilion bagi tahun lepas yang berakhir 31 Mac baru-baru ini.


Petronas berjaya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM97.8 bilion dan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM63.01 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 38.5 peratus berbanding RM45.49 bilion yang diraih pada tahun 2009.

Setiap tahun Kerajaan Persekutuan menerima RM30 bilion sedangkan rakyat kedua-dua negeri(Terengganu & Kelantan) ini hanya mampu membaca dan mendengar data-data keuntungan ini diungkapkan tanpa merasai sesen pun hasil dari perut bumi mereka.


Azhan: Ke mana keuntungan itu digunakan...jelas...keuntungan semakin meningkat setiap tahun tetapi harga juga semakin meningkat..

2 comments:

  1. sedih plak baca...org yg sepatutnya dapat hak, sbnrnya x dapat pon...hurmmm

    ReplyDelete
  2. yang kaya semakin kaya....yang miskin semakin miskin...yang atas semakin ke atas...yg bawah semakin ke bawah...ehm..bak orang selalu kata..nie suma politik jer....

    salam..jenguk jengah anda di sni..=)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...