Pages - Menu

1.6.11

Konsert MTV World Stage 2011, I-City Shah Alam | Aku Bantah!


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Konsert MTV World Stage 2011 yang akan diadakan di Shah Alam suatu yang mengejutkan. Secara peribadi saya membantah konsert ni! Biar saja lah kalau orang cakap suara sebagai seorang blogger tidak didengar, tidak memberi sebarang kesan...mungkin ada juga yang kata "kau jerit kuat mana pun tak merubah apa sekali pun?" Yang penting terlepas daripada bersekongkol memberi saham maksiat apabila hati membenarkan.

Tak kisah lah benda ni mengikut prosedur yang ditetapkan, mahupun protokol tertentu..tetapi apabila berlangsung konsert hilang semua tu...yang jelas kelihatan manusia terkinja-kinja macam beruk..malah lebih teruk dari tu. Saya percaya ramai dalam  kalangan sahabat2 blog sendiri tidak bersetuju dan membantah benda merapu ni. Mungkin akan timbul persoalan hak kebebasan...

Pentingnya memilih pemimpin, pemimpin yang menjamu rakyat dengan apa yang difikirkan enak dan baik. Pentingnya memilih pemimpin, pemimpin jua yang memelihara iman dan kesejahteraan hati rakyatnya. Apabila gagal, budaya hendonisme berleluasa...yang jijik kelihatan seperti mutiara.

Cadangan

Konsert menampilkan kumpulan rock 30 Seconds From Mars itu akan turut disiarkan melalui saluran MTV Asia Tenggara pada tengah malah 8 Ogos. Menurut Khalid, kelulusan itu telah diberikan sejak tahun lalu, hasil cadangan yang dikemukakan sendiri oleh Sultan Selangor.

"Ini ialah hasil cadangan Tuanku Sultan untuk adakah satu kawasan yang boleh diadakan aktiviti keusahawanan dan tidak terlibat dengan daerah tengah Shah Alam yang berhampiran masjid dan sebagainya. Tambahnya, kerajaan negeri juga bersetuju dengan dasar MTV bagi pementasan konsert berkenaan -- tiada penggunaan alkohol, dadah mahupun rokok.


Artis yang terlibat Konsert MTV tahun Lepas di Sunway Lagoon

Bantahan

Bantahan PAS terhadap penganjuran konsert rock MTV World Stage Live di Shah Alam menerima kecaman dari MCA yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai cubaan untuk memaksa nilai agama mereka ke atas penganut lain.

Timbalan menteri belia dan sukan, Senator Gan Ping Siew berkata, PAS juga sepatutnya tidak mengeluarkan kritikan ke atas penganjuran konsert berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

"(PAS) menggunakan prejudis mereka seperti biasa ke atas perkara yang mereka sendiri tidak faham," katanya yang merujuk kepada bantahan yang disuarakan ahli parlimen PAS, Khalid Samad sebelum ini.

Kementrian Belia Sukan Fikirkan Ini Terbaik Untuk Belia?
 

5 comments:

  1. nampak gaya kerajaan selangor skg pun sama nak gadai nilai2 islam yang dipejuangkan oleh pas....ingat satu langkah silap nyosal den selamonyer....Lu pikir sendirilah apobeza dgn yang Be End buat.. 2x2 jer....dimana tok Hasan Ali den...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...