Pages - Menu

26.6.11

Himpunan BERSIH [2.0] 9 Julai 2011 | Pandangan Aku Terhadap BERSIH


Tuntutan Bersih 2.0:
  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima 21 hari
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah

Kenapa BERSIH perlu dijalankan?

1.  BERSIH sistem pilihan raya akan membawa kebaikan kepada rakyat kerana mereka mempunyai hak untuk memilih siapa pemimpin yang mampu menerajui negara. Kebaikan ini akan diperoleh oleh semua, tidak kira apa jua parti yang disokong.

2. Pendaftaran automatik memudahkan semua rakyat yang telah mencapai usia 21 tahun, mereka tidak perlu untuk keluar mencari tempat pendaftaran undi malah perkara itu lebih efisyen dan menjimatkan tenaga dan masa

3. Undi pos perlu dimansuhkan di dalam negara kerana menimbulkan pelbagai keraguan setiap kali menjelang pilhan raya. Reformasi undi pos dengan mewujudkan undi pos kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang tidak dapat pulang ketika hari pilihan raya berlangsung. Pilhan raya lebih berkualiti apabila setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi walaupun berada diperantauan.

4. Penggunaan dakwat kekal telah digunakan di banyak negara maju. Perkara ini juga untuk menghalang "pengundi hantu" yang berkeliaran dan menyekat mereka  yang aktif mengundi atas nama kad pengenalan orang telah mati.

5. Akses media diberikan secara adil dan telus untuk parti politik yang bertanding. Calon -calon yang bertanding tampil dalam satu slot TV untuk menyatakan manifesto masing-masing. Rakyat bebas untuk membuat penilaian yang lebih adil dan matang terhadap calon yang bakal mewakili suara mereka di dewan rakyat/negeri.

6. Masa berkempen minima 21 hari boleh memberikan lebih banyak ruang dan masa kepada para calon yang bertanding untuk menyatakan pembaharuan yang bakal dilakukan. Calon dapat melakukan lawatan ke segenap penjuru kampung yang ditandingi dengan lebih berkesan. Apakah cukup 7 atau 10 hari berkempen apabila seseorang calon itu bertanding di sebuah Parlimen di Sarawak yang punya keluasan yang luas dan perhubungan yang terhad? Sudah pasti perkara ini membebankan setiap calon tidak kira apa warna parti yang ditandinginya.

7. Pengukuhan badan awam seperti badan kehakiman, polis, penjawat awam yang lain bukan sahaja memberi kesan baik terhadap pilihan raya tetapi kesan jangka panjang kepada kualiti perkhidmatan awam supaya bebas daripada sebarang pengaruh politik. Mereka dapat bertugas dengan aman tanpa ugutan, kongkongan dan rezeki yang berkat membawa kepada negara yang sejahtera.

8. Hentikan rasuah. Skop lebih luas, rasuah merupakan punca utama kepada kemunduran dan kemiskinan yang teruk. Contoh terdekat ialah negara Indonesia dan Bangladesh yang sukar membangun dengan baik kerana gejala rasuah yang kronik. Skop pilihan raya, ketelusan dan kejujuran wakil rakyat boleh mengelakkan wujudnya aktiviti "lompat parti" seterusnya mengecewakan pengundi yang memilihnya atas parti yang lain.

9. Parti politik akan bertanding secara adil dan bertanggungjawab disamping dapat mematangkan lagi setiap parti. Kematangan turut dirasai oleh para pengundi apabila sistem pilihan raya berjalan dengan  adil dan saksama.

Di atas merupakan pandangan peribadi. Aku menyokong penuh 8 tuntutan BERSIH, dan sangat berharap BERSIH akan berlangsung dengan aman walaupun timbul pelbagai provokasi negatif. Nasihat kepada semua aktivis yang terlibat, anda diingatkan mengikut segala arahan ketua himpunan dan tidak terlibat dalam apa jua provokasi yang boleh merosakkan matlamat sebenar BERSIH. 

Kebangkitan negara-negara Asia Barat seperti Tunisa, Algeria dan Mesir berpunca daripada sistem pilihan raya yang kotor dan penuh konspirasi. Sebagai rakyat bebas, anda berhak untuk berhimpun secara aman, polis tidak punya kuasa untuk menghalang. Perkara ini juga disokong oleh Prof Dr. Aziz Bari (Pakar Undang-undang, pensyarah undang-undang UIA) dan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis).

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [Surah An Nisaa']

18 comments:

  1. Mereka takut dengan himpunan Bersih,kerana merasakan akan tergugat kedudukan mereka itu sahaja.

    ReplyDelete
  2. takde yang salah dengan bersih. cuma yang takut dengan kebenaran yang bantah bersih ni,...bimbang kedudukan mereka terjejas.

    ReplyDelete
  3. yang berhimpun hanya mahu ketelusan dan ke"bersih"an dlm sistem pilihanraya...

    buat apa takut? takut salah dan ketidakadilan itu terbuka agaknya...

    semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  4. Bersih bagus dan baik sebenarnya, tetapi ia cuba digagalkan kerajaan dengan serangan sayembara minda propa prospek dan auta di tv dan paper , hari ini berita tv cuba mengaitkan bersih dengan komunis. Hikshamudin dengan isu ISA untuk BERSIH, Nakjib pula berkalung bunga merah kat majlis lain pot pet pot pet berkait BERSIH, terus saya mati tv... malam ini tengok movie lagi best... he he he!.

    ReplyDelete
  5. tp knapa jd prhimpunan haram?

    ReplyDelete
  6. nombor 2 tu sokong.. haha.. sebabnye cik rimau xmendaftar ag walaupun dah umur 22 taun.. xtau nak daftar mane.. and malas nak g cari.. haha.. takut dgn perhimpunan ni sebab dekat dgn tmpt keje cik rimau.. huwaaa

    ReplyDelete
  7. jadi haram pasal pembangkang yang anjurkan cuba umno yg buat siap polis bg kerjasama lg.

    ReplyDelete
  8. mampoih depa tu nak bagi..
    kantoi la umngok PRU nnt kalau dilaksanakan semua tu..
    tu yg depa gelabah tu.. heheh..

    ReplyDelete
  9. saye berharap perhimpunan ini akan membawa sesuatu yg baik..
    jgn la ada perkara yg buruk berlaku..
    =D

    ReplyDelete
  10. bangla, india, paki ramai yg dapat myKad dari projek IC sabah sampai jumlahnya lagi ramai dari penduduk sabah. skarang ni diorang buat lagi kat kelantan, kedah dgn selangor. sedangkan rakyat yang betul-betul layak punyalah susah nak memohon kewarganegaraan. Ini satu pengkhianatan yang sangat besar.

    ReplyDelete
  11. pendapat2 yg sgt bernas...mmg patut dipratikkan dgn peredaran masa sekarang

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum,

    Fitrah manusia sukakan bersih. Kebersihan sebahagian iman. Jangan kotori BERSIH.

    ReplyDelete
  13. semuga tak jadi macam dulu..ashik di sembur dengan gas tu..kecian

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    Semoga usaha ini dapat menemui tindakan yang BERSIH dari insan-insan yang memimpin dan bersih

    ReplyDelete
  15. dua kali jumaat lagi....
    bertemu Sabtu yang BERSIH

    ReplyDelete
  16. 'bersih' itu dikotorkan lagi oleh mereka yang tidak bersetuju dgn mereka2 yg ingin keadilan ini. Memang 'bersih' tapi kalau dah dicampur adukkan oleh mereka yg tidak bersetuju oleh kroni2 memang tak kan jadi 'bersih'. apa2 jelah.

    ReplyDelete
  17. atok tak nampak tang mana BERSIH ni boleh membawa kepada permasalahan....kata negara ni demokrasi....napa mesti nak halang??

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...