Pages - Menu

15.6.11

Duit Tiada Nilai | Gambar Menarik Nilai Duit Negara Luar

Salam untuk semua, moga dirahmati =)


Sukar nak percaya apabila duit dilihat tidak bernilai...itu hakikat, sekeping kertas yang suatu ketika sangat dicari tetapi boleh menjadi seperti sampah yang tiada guna. Berikut adalah sedikit gambar yang dapat menerangkan sejarah inflasi serta kejatuhan nilai matawang yang sangat teruk yang pernah melanda seluruh dunia...



Kanak-kanak German bermain dengan duit yang tidak lagi mempunyai nilai


Seorang lelaki sedang menyapu duit di sebatang jalan di Hungary kerana duit itu sudah menjadi 'sampah'

Kanak-kanak bermain layang-layang dengan menggunakan duit

Duit sangat sesuai dijadikan sebagai bahan bakar jika bahan bakar mempunyai nilai sedangkan duit tiada nilai. Setuju?

Duit dalam proses pembuangan dan pelupusan


Duit yang tidak bernilai digunakan untuk memanaskan badan pada musim sejuk




Matawang yang paling teruk dibandingkan nilainya dengan matawang Amerika atau US Dollar.


6.   Matawang Guinea. 10,000 Guinean Francs = US$2.33


5.   Matawang Republik São Tomé. 50,000 São Tomé Dobra = US$3.47


4.   Matawang Iran. 50,000 Iranian Rial = US$5


3.   Matawang Indonesia. 100,000 Indonesian rupiah = US$11


2.   Matawang Vietnam. 500,000 vietnamese Dongs = US$30


1.   Matawang Zimbabwe. 10 juta Dollar Zimbabwe = US$4. Siap ada tempoh expired dalam mase 6 bulan lagi tu. 

Kesian kat rakyat zimbabwe ni, kalau nak beli barang makanan pun aku rasa takde la macam kita bawak guna wallet atau dompet. Dorang kat sana bawa duit untuk beli barang pun guna beg atau pun plastik dan duit-duit tu diikat dengan getah sebab banyak sangat duit yang dorang akan bawa untuk beli sesuatu barang. Kalau borong beli macam-macam barang tak tau la berapa guni beg duit dorang akan guna.


Membeli beberapa biji telur dengan 100 bilion


Ni pula untuk membeli hanya sebuku roti. 


Azhan: Kerana duit, kawan jadi lawan...kerana duit ustaz jadi penyangak...kerana duit terungkai tali persaudaraan keluarga. Banyak duit belum tentu kaya...yang banyak itu belum tentu senang dan tenang...makin dicari, makin  tidak cukup...Apakah matlamat kehidupan insan semata-mata kerana nilai sekeping not itu sahaja...?

13 comments:

  1. betul tu azhan, jangan gelap mata kerana duit apatah lagi gelap hati..apapun, kesian kat rakyat zimbabwe.......

    ReplyDelete
  2. btul tu.. semua benda yg kita buat dalam hidup ini mesti berkaitan dengan duit.. klau tak memang kita tidak akan buat.. klau kata duit itu satu keperluan asas, mungkin juga.. tapi kita kena tahu juga yang hidup kita ini bukannya dinilai dengan duit tetapi bagaimana kita menghargai 'hidup' kita.. =) nice entry..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..
    entry yang menarik sangat..
    memang inilah hakikat duit, kepingan kertas yang ada harga tiada nilainya..
    ambil iktibar disebaliknya..TQ

    ReplyDelete
  4. PASAL TU LAH AMERIKA TAKUT DINAR ISLAM ! JIKA SEMUA NEGARA ISLAM PAKAI DINAR EMAS LINGKOPLAH DOLAR AMERIKA YANG SEMATA-MATA KERTAS MEMONOPOLI SEGALA-GALANYA DISELURUH DUNIA ! APA PASAL AMERIKA MENENTANG KERAS PERLAKSANAAN DINAR EMAS UNTUK NEGARA-NEGARA ISLAM ? ZIONIS DISEBALIK AMERIKA MENENTANG KERAS DASAR INI ! FIKIRKAN ...

    ReplyDelete
  5. nasib baik atok tak duduk kat zimbabwe...silap2, nak boli kuih karipap pun, dah sebakul duit kono bawak

    ReplyDelete
  6. betul tu..kembali kepada dinar emas =)

    ReplyDelete
  7. duit umpama sampah..ttp kalu xde brg ttp duit mengunung pn xde gunannya...

    ReplyDelete
  8. sokong azhan....kesian kan kat negara zimbw tu.....ada expird..aduhai...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...