Pages - Menu

22.6.11

Dalam Kenangan 9 Tahun Pemergian Almarhum Dato' Ust Fadzil Noor (Gambar Menarik)


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Isnin, 23 Jun 2011 ni genaplah 9 tahun pemergian beliau...tokoh politik dan tokoh agama yang sangat berjasa. 9 tahun lalu, aku baru berusia 14 tahun...ketika tu aku tinggal di asrama sebuah sekolah di daerah Baling, aku dapat berita pemergian Almarhum daripada seorang ustaz yang mengajar kelas aku ketika tu, kelihatan ramai guru mula bergegas ke  Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena. Usia aku masih muda, ketika itu aku belum memahami lagi dunia politik negara walaupun sudah mula diterapkan ideologi politik islam.

Seingat aku, aku pernah hanya sekali dua sahaja mendengar ceramah Ust Fadzil...lagi pun tempat aku jauh dengan Madrasah Darul Ulum (sekolah agama yang dibuka oleh Ust Fadzil). Sekarang hanya video2 sahaja yang sempat dilihat, walaupun tidak bersama secara langsung..aku sendiri sangat terasa kehilangan seorang tokoh ilmuan yang hebat, beliau disegani kawan dan lawan...petah berkata2, lantang berhujah. Almarhum Ust Fadzil Noor...patah tidak lagi tumbuh...hilang tidak lagi berganti...Al Fatihah, moga ruhnya dirahmati Allah.

Gambar ketika hari kematian Ust Fadzil Di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena



Dalam Kenangan...


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Klik sini untuk membaca biodata lengkap Almarhum Ust Fadzil Noor

13 comments:

  1. sis tak kenal dik... masa tu sis kecil lagi.. gugel2 baru jumpa...

    al fatihah untuk beliau..

    ReplyDelete
  2. sis tak kenal dik... masa tu sis kecil lagi.. gugel2 baru jumpa...

    al fatihah untuk beliau..

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama org yg beriman. Dulu selepas kematiannya email tentang pilot yg membawa jenazahnya memeluk Islam dan awan yg melindungi perjalanan banyak dipaparkan sana-sini.

    Org beriman waktu solat jenazahnya pun berribu umat. Allahuakbar....

    ReplyDelete
  4. Dia lebih berbahagia di sisi Tuhan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminn.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Subhanallah, moga dia berbahagia di sisi Allah SWT

    ReplyDelete
  6. hi dik..
    tu aa beribu2.. jutaan orang mengiringi jenazah beliau.. betapa beruntungnya orang yang berilmu macam beliau.. akak x sokong tapi salute kart orang2 alim nie..

    ReplyDelete
  7. salam, pemimpin Islam yang sukar dicari ganti.

    ReplyDelete
  8. al-fatihah untuk Allahyarham

    ReplyDelete
  9. rasa sebak..
    alangkah gembiranya jika beliau masih ada skrg..
    dpt sama2 menyaksikan kebangkitan rakyat..

    AL-FATIHAH~~~~

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...