Pages - Menu

21.6.11

Chegu Bard: Gaji Menteri Bernilai RM55,650.00 | 11x Ganda Rakyat Bergaji RM5 Ribu

Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah .....

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara - semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Jadi, tunggu apa lagi, semua pakat turun pada 9 Julai ini - ajak semua kawan-kawan dan saudara mara.

cheguBard: sumber

Azhan: Rakyat biasa yang bergaji 5ribu sudah dikira melepasi taraf sederhana tetapi mereka masih jauh ketinggalan dengan gaji para menteri yang 11x ganda daripada nilai tersebut. Jadi apakah wajar kerajaan menarik subsidi daripada rakyat, umpama menyeluk saku penduduk kampung demi menampung masalah defisit ekonomi negara sekarang?

11 comments:

  1. satu patah perkataan jek nak cakap. bengong! hahaha.. kan dah kuar sebab geram. ye la yang gaji 5k x pe lah. yang gaji rm 50 mcm mana pulak? kesian yg miskin2...

    ReplyDelete
  2. cikmas: haha...sabar..saya tak salahkan mereka gaji besar mana pun kalau itu berpatutan dengan tanggungjawab mereka sbg menteri....tapi terlalu banyak pembaziran....itu sahaja, hingga rakyat bawah pula terbeban...

    ReplyDelete
  3. pergh.. contra giler ngan rakyat biasa..
    jauh giler beza.

    ReplyDelete
  4. hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
    i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

    ReplyDelete
  5. erkk...tp kalau berbaloi xpelah kan.asalkan xsusahkan rakyat,

    ReplyDelete
  6. sebab itu mereka tak peduli masaalah rakyat,semuanya dapat percuma,bagi derma pun boleh claim balik,apakah itu derma iklas namanya.

    ReplyDelete
  7. kalau setakat gaji pokok + sedikit elaun itu tidak mengapa cuma jangan terlalu sangat membazir seperti sekarang, dan tidak perlu terlalu banyak percuma seperti air, alektrik dan lain-lain... kalau dia gaji 1 juta pun dan rakyat 1 jutapun, yang susah tetap rakyat sebab rakyat kena tolak segala keperluan asas hidup dan bayar incomtax manakala dia gaji pun malah banyak elaun tidak terusik untuk sebarang keperluan asas hidup.....

    ReplyDelete
  8. syok nowh jd menteri..
    depa suruh kita berjimat..
    tp depa, rilek saja berbelanja sesuka hati..
    gaji besaq la katakan..
    bil api ngan ayaq pon xyah bayaq..

    ReplyDelete
  9. ish ish ish...

    kesiannnn....(sambil geleng2 kepala)+ (mcm dlm filem Madu 3)

    ReplyDelete
  10. tu baru rakyat gaji RM5000...yang gaji bawah RM1500 plak macam mana?..nak jadi menteri la kalau macam ni...bleh?...nak gaji banyak tapi tak nak tanggung dosa banyak

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...