Pages - Menu

4.6.11

Bekas Menteri Kewangan Mesir dipenjara 30 tahun


KAHERAH 5 Jun - Bekas Menteri Kewangan Mesir, Yussef Boustros Ghali dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun atas kesalahan rasuah, walaupun menteri tersebut tidak menghadiri perbicaraan, kata wartawan AFP hari ini.

Hakim mahkamah jenayah di Kaherah, Magdi Ghoneim menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Ghali atas kesalahan membazir duit rakyat dengan menggunakan kereta yang diubahsuai. Manakala 15 tahun lagi atas kesalahan menyalahguna kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk kepentingan peribadi.

Ghali, yang melarikan diri dari Mesir, merupakan seorang daripada menteri di bawah pimpinan rejim bekas Presiden Hosni yang dibawa ke muka pengadilan sebagai usaha kerajaan tentera yang baru untuk membawa mereka yang melakukan penipuan untuk dibicarakan. - AFP

Azhan: Habislah pok cik ni...menghabiskan sisa-sisa kehidupan di sana. Lain pula di sini, bekas menteri kita hidup senang lenang, tidak kurang yang kembali diberikan mandat...aduhai tanah airku~

5 comments:

  1. Salam Sahabat,
    Sebenarnya ini yang ditakuti pemimpin2 korup. Peralihan kuasa yang dituntut rakyat amat ditakuti pemimpin2 korup termasuklah di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. saya tumpang lalu baca... heeeeeeeeeee.....

    ReplyDelete
  3. jaya: aku dok tunggu orang Malaysia lak ni.hehe

    naim: betul tu akhi...kerana korupsi mereka gerun dengan pentadbiran yg adil

    cik bidadari:lalu bayaq 20kupang.hehe

    ReplyDelete
  4. kalau la kat Malaysia pun dijalankan hukuman ni, mesti ramai tertangkap

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...