Pages - Menu

2.5.11

Utusan Layak Untuk Bungkus Nasi Lemak Saja?

hata wahari nasi lemak protestBaru dipecat daripada Utusan Malaysia, Hata Wahari hari ini mengetuai kira-kira 20 pemberita, penyokong dan anggota Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dalam 'protes nasi lemak' terhadap majikannya di Kuala Lumpur hari ini.

"Jika kita ke gerai-gerai, kita selalu dengar bahawa Utusan cuma bagus untuk bungkus nasi lemak. Ini menggambarkan betapa buruknya berita yang dilaporkannya. "Kami anjurkan bantahan ini secara aman, secara simbolik," kata Hata yang dalam sidang media selepas acara itu.

"Jika kita ambil tindakan ekstrim dengan membakar akhbar, mereka ada yang tidak pedulikan. Dengan cara ini, kami haram mereka sedar," tambahnya. Hata berkata, perjuangan media bukan hanya untuk bebas daripada kawalan kerajaan, tetapi supaya industri dan kewartawanan Malaysia berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara seperti di Amerika Syarikat dan Britain. Secara kebetulan, 2 Mei juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Hata. {Malaysiakin}

Azhan: Hata merupakan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan, beliau baru sahaja dipecat kerana memberikan teguran kepada akhbar Utusan (Majikan beliau). Bungkus nasi lemak pun tidak patut. Bungkus untuk makanan seperti nasi lemak mestilah dari kertas yang bersih bukan dari kertas yang penuh dengan berita putar belit.

6 comments:

  1. UTUSAN HANYA LAYAK SELAYAK-LAYAK NYA UNTUK JADI KERTAS TANDAS, HANYA LEMBU PAWAH,NANGOI DAN GENG-GENG SONGKOK TINGGI YANG MATI AKAL SAHAJA YANG BACA !

    ReplyDelete
  2. @miecyber: tak gamak den buat gitu.hehe

    @amuraria: kita baca ja, yang penting terus menilai apa yang baik buruknya =)

    ReplyDelete
  3. utusan selayak2nya diharamkan...

    ReplyDelete
  4. ehem..mina tak baca pun..hehehe...
    hidup harakah..

    ReplyDelete
  5. sekarang ni banyak paper tak leh caya

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...