Pages - Menu

29.5.11

"Ustaz Skim Cepat Kaya" Memiliki Jet Persendirian dan Kereta Mewah

 Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ustaz Harun atau Harun Mat Saat yang dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta dipercayai turut memiliki sebuah syarikat jet persendirian di Pekan, Pahang, selain deretan kereta mewah termasuk Nissan FairLady, Subaru Impreza, Toyota Alphard dan BMW.

Difahamkan, semua aset mewah itu digunakan ahli lembaga pengarah Dina Group Sdn Bhd (Dina Group), milik Harun, 45, ketika berurusan dengan pelabur baru syarikat berkenaan yang memulakan operasi perniagaan pada 2006.

Perkara itu didedahkan seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Ustaz Zul, 36, yang mendakwa pernah beberapa kali bertemu Harun ketika terbabit dalam pelaburan skim cepat kaya diperkenalkan Dina Group.

“Melihatkan penampilannya yang meyakinkan selain bijak bermain kata-kata dan emosi sehingga menitiskan air mata menceritakan kesusahan dilalui, semua peserta yang menghadiri seminar atau bengkel seolah-olah ‘dipukau’ sehingga sanggup mendaftar sebagai ahli.

“Saya difahamkan Ustaz Harun bukan saja warak, malah turut bergiat aktif sebagai penceramah agama di sekitar pantai timur sebelum menjalankan perniagaan,” kata yang melabur sehingga RM100,000 antara Oktober 2008 hingga Mac 2009. [Metro]

Azhan: Siapa sangka ustaz bakal menjadi jutawan penipu macam ni? Gunakan agama untuk kepentingan diri. Tanda-tanda akhir zaman apabila muncul ulama-ulama seumpama ini. Kaya betul si ustaz ni, patut cepat ja hilang rupanya ada syarikat jet penerbangan sendiri...betul2 mencemarkan imej agamawan~


4 comments:

  1. Assalamualaikum Yob,

    Senang pikir. Kalau sesatu pelaburan tu menjanjikan pulangan yg berlipat2 ganda, jangan percaya dan jangan join...sah-sah HARAM!

    ReplyDelete
  2. ustaz ke????
    ustaz auta je ni..

    ReplyDelete
  3. Mohamadazhan,
    He he he! teknikal saja silap tu, strategi memang cantik, fikir fikir sejenak kalau dari tahun 2006,sampaikah 200juta sebab tidak kira ada pelabur yang dapat imbuhan walau sikit, bayar gaji dlln, lagipun ianya bersulam perniagaan. Bukan apa, sebab sedia maklum kat Negara kita nie pun ada yang lebih teruk dari itu rasanya, seperti kalau kroni dipanggil komisyen dan kalau orang lain dipanggil rasuah, he he he! teringat juga pada amanah saham negeri dot dot dot yang hancur dan meninggalkan mangsa juga. Lagi satu rasanya sejak akhir-akhir ini banyak juga title lebai, ustaz, tuan guru atau imej islam dipromosi dengan berita negatif bagai satu strategi halus?. Entah sengaja atau kebetulan, namun adalah lebih baik rasanya Akhbar dan media elektronik menggugurkan saja title berimej Islam dari penama pada berita yang berunsur negatif demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...