Pages - Menu

21.5.11

Tanah Runtuh Timbus Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa Ulu Langat (Gambar)

Salam takziah untuk semua warga Rumah Anak-anak Yatim Hidaya,

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini. Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. - BERNAMA









Azhan: Moga ruh mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 soleh...amin. AL Fatihah.

7 comments:

  1. Ya ALLAH..sedihnyer tgk pic2 tu!!! Semoga mereka ditempatkan di sisi org2 yg beriman.!!

    ReplyDelete
  2. Alfatihah
    berita video disini

    http://ijoks2009.blogspot.com/2011/05/tanah-runtuh-di-hulu-langatvideo.html

    ReplyDelete
  3. sy nak pinjam gambar2 tu leh x?..nnt sy link ke sini!

    ReplyDelete
  4. sedeyh ny tgk dorg ni. moga roh mereka dletakkn di tmpt org2 yg beriman. al-fatihah.

    ReplyDelete
  5. dipersilakan sahabat

    Al Fatihah untu semua...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...