Pages - Menu

23.5.11

Tabung Derma Mangsa Tanah Runtuh Anak-anak Yatim Hulu Langat | Tarikh Tutup 31 Mei 2011


Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) menunjukkan keprihatinan mereka terhadap mangsa kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat dengan melancarkan Tabung MZM-FC semalam. Kejadian tanah runtuh yang melibatkan penghuni Rumah Anak Al-Taqwa, Hulu Langat ini mendapat perhatian.

Tabung yang baru dilancarkan semalam, mendapat respon positif daripada ahli MZM-FC yang berjumlah hampir 200,000 ahli apabila sehingga kini sudah mengumpulkan sebanyak RM1,160 dan jumlahnya semakin meningkat. Tabung yang dilancarkan bermula semalam dijangka akan berakhir pada 31.Mei.2011.

Derma boleh disalurkan dalam bentuk wang ringgit melalui :
Bank : RHB (2621 2000 0047 47)
Atas nama : MUSLIM CARE

Bagi memudahkan urusan merekod, pihak MZMFC berbesar hati untuk meminta kepada para penderma untuk memberikan maklumat yang berikut sesudah bank in :

a) Nama penderma *(jika tidak diisi pun tidak mengapa)
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh bank in
e) Masa bank in

Maklumat di atas perlulah di emailkan ke : tabungmzmfc@gmail.com.

Tabung MZMFC ini juga dibuka kepada mana-mana individu samada ahli MZMFC mahupun yang bukan ahli yang berminat untuk menyumbang bagi membantu meringankan mangsa kejadian tanah runtuh tersebut. -MUNSYEED.COM

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...