Pages - Menu

15.5.11

Selamat Hari Guru Kepada Para Guru


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Selamat Hari Guru teristimewa kepada para guru yang pernah mengajar saya sejak dibangku sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, seterusnya kepada barisan pensyarah yang tidak jemu mendidik para pelatih yang bakal bergelar guru. Jika nak disebut satu persatu mungkin terlalu ramai insan yang mulia yang pernah mendidik diri ni, yang pasti sudah ramai telah dijemput Ilahi. Moga Allah merahmati kalian.

Kepada sahabat2 bergelar guru, anda insan yang hebat kerana anda membentuk produk insan yang punya fizikal dan mental. Makin maju makin kuat cabaran guru, tidak sekadar mengajar kira dan baca...tetapi,


 Tidak jemu melayan kerenah anak-anak murid.


Bersedia menghadapi pelajar yang semakin liar dan bermasalah.


 Tak pernah berlaku pada zaman dahulu, tetapi perkara biasa bagi era baharu.



Dedikasi untuk semua sahabat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi Dewasa;
Sejarahnya bermula oleh SEORANG GURU biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca……

Karya:USMAN AWANG

12 comments:

  1. link saudara dipasang di http://pakatanrakyat1.blogspot.com
    tq..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru Cikgu Azhan...

    ReplyDelete
  3. saye mmg suke puisi tu..
    sungguh besar mkne nye..
    =D

    ReplyDelete
  4. wah,bakal cikgu ni azhan..moga terus berjaya di arena perguruan ..hehe

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru cikgu azhan!! =)

    ReplyDelete
  6. Salam...SELAMAT HARI GURU KEPADA Mhd dan Semua Guru Malaysia!!!Maaf Fizikal, Mental dan Emosi!hehe...

    ReplyDelete
  7. entry awak best... beza dari entry hari guru yg saya dah terjah...

    p/s: dulukan saya teringin nak jadi cikgu... tapi skang rasa bersyukur tak jadi cikgu... rupa2nya saya nie jenis yg 'tak cool' heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ya dakkk? nak ajdi guru kena ada sifat sabar yg keterlaluan... selamat hari guru...

    ReplyDelete
  8. selamat hari guru :)
    secara kita sedar atau tak..mmg kite pernah menjadi guru pada seseorang...

    ReplyDelete
  9. selamat hari guru cikgu azhan =)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...