Pages - Menu

30.5.11

Perodua Myvi 2011 Menggunakan Enjin 1.5L Bakal Dilancarkan (GambarMenarik)














Menurut laporan akhbar Harian Metro, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter dan 1.5 liter. Myvi baru versi 1.3 liter akan dilancarkan pada Mei ini manakala versi 1.5 pada Julai atau September depan.

Beberapa perubahan besar telah dilakukan oleh Perodua terhadap Myvi 2011 yang membabitkan ruang dalaman (interior) dan luaran (exterior) berbanding model sedia ada, antaranya papan pemuka (dashboard) serba baru, reka bentuk lampu depan dan belakang baru, serta bampar depan dan belakang berwajah baru lebih sporty. Berbanding varian 1.3 liter, varian 1.5 liter bukan saja menawarkan enjin lebih berkuasa malah rekaan luaran lebih sporty dan bergaya.

Menurut Perodua, beberapa jenis varian ditawarkan untuk model terbaru ini membabitkan transmisi automatik dan manual. Antara perbezaan ketara antara versi manual dan automatik ialah tuil gear automatik berada di atas dashboard (sama seperti Perodua Alza automatik) berbanding tuil gear manual yang masih di kedudukan bawah (lantai). Perubahan Myvi baru ini juga membabitkan saiznya yang dikecilkan sedikit berbanding model sekarang dan kusyen tempat duduk ditebalkan untuk lebih keselesaan penumpang.

Harga bagi Perodua Myvi baru akan diumumkan oleh pihak Perodua sedikit masa lagi setelah mendapat kelulusan pihak kerajaan. Harga untuk versi 1.3 liter mahal sedikit daripada harga model sekarang, manakala versi 1.5 liter pula dijangka lebih rendah daripada model Perodua Alza. Perodua memaklumkan bahawa enjin 1.5 liter yang digunakan pada Myvi 1.5 merupakan enjin yang sama digunakan pada model Alza, menjadikannya lebih berkuasa dan menjimatkan penggunaan minyak.

Perodua Myvi 2011 baru akan dimulakan pengeluarannya pada Mei di kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang selepas pengeluaran bagi model sekarang dihentikan akhir bulan ini. Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dilaporkan berkata sebelum ini, model baru kereta kompak yang bakal diperkenalkan itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris sedia ada iaitu Myvi, Alza dan Viva. Sama ada benar atau tidak kenyataan penuh yakin itu, Perodua mempunyai alasan yang kukuh untuk mencipta satu lagi rekod dalam sejarah industri automotif negara bermula Mei depan.

Sumber rujukan : Akhbar Harian Metro, 21 Mac 2011

Azhan: Apa pendapat korang? Ada yang tertarik dengan reka bentuk terbaru ni? Aku tertarik dengan panel meter MYVI 2011 ni, dah nak macam Toyota Camry pun ada. Kompem lepas ni Proton Saga akan mendapat saingan lebih hebat apabila keluarnya MYVI 2011.

10 comments:

  1. tengok yang gambar atas, berbalut tu.. nampak macam cntik je..

    bila tgk yang bawah..
    eh.. mcm biasa2 je..

    hehehe..

    biasalah.. tgok luaran ni.. xtgk dlman (enjin)

    ReplyDelete
  2. al-khunin al-diraja? hik hik hik...

    tapi interiornya memang superb!

    ReplyDelete
  3. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??

    diy pasang sticker carbon fibre

    mesti lebih menarik ngan enjin yang lebih powerrrr... kalau yang biasa pun kira laju lah jugak inikan 1.5

    ReplyDelete
  4. haha..bagi aku,klo nak compare ngn yang lame,lawa design lame lagi..ni cam tak col je..huhu

    ReplyDelete
  5. nampak menarik juga tapi yg dlu pun cam lagi menarik jer

    ReplyDelete
  6. saiz die berbeza kew dgn yg lama??yg ni nmpak kcik skit ke..

    ReplyDelete
  7. peminat setia myvi ke sini...huhuhu apapun,masih sporty...hiyaaaa tp wane kuning is not my fav color.uhuk

    ReplyDelete
  8. kete akak myB gak..tapi yg lama la..

    mmg menarik edisi ini..

    ReplyDelete
  9. klu tgk kt gmbar nih..rasanya lawa lg yg lama..

    ReplyDelete
  10. kalau saya sendiri suka yang baru ni...facelift skit.hehe. sporty gitu...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...