Pages - Menu

14.5.11

Pandangan Dr. Sheikh Wahbah Zuhaili (Ulama Fiqh Tersohor) Tentang Isu Seks Anwar

Dr. Professor Sheikh Wahbah Mustafa Az-Zuhayli merupakan seorang ulama dari Syria yang merupakan pakar dalam undang-undang Islam serta falsafah perundangan Islam.

Beliau merupakan ulama yang mempertahankan aliran akidah Ashari dan juga Maturidi dan mewajibkan muslim awam mengikuti salah satu dari 4 mazhab. Tidak mengikut mazhab tidak dilarang bagi yang berilmu tetapi elok ikut mazhab kalau tak cukup hujah dan keupayaan mengupas sesuatu hukum.

Hari ini beliau dijemput menyampaikan ceramah di Masjid Negeri Shah Alam berkenaan dengan masalah Sumpah & Qazaf. Berikut beberapa catatan menarik dalam ceramahnya yang bermula pukul 2.30 petang tadi :-
  1. Dunia memang dijadikan sebagai tempat fitnah. Fitnah dalam ertikata ujian bagi seluruh manusia. Tak ada ujian bukan dunia namanya.
  2. Para Anbiya merupakan mereka yang paling bertat menerima ujian atau fitnah. bagi mereka yang hebat-hebat, bersedialah menahan segala fitnah serta ujian. Ada yang lepas dan ada juga yang kantoi.
  3. Banyak contoh kejadian fitnah berlaku dalam zaman Rasulullah. Yang paling terkenal adalah fitnah yang melanda A'aisyah. Terang dalam kes tersebut pemfitnah perlulah membawa 4 orang saksi yang adil.
  4. Dalam kes sumpah, kedua pihak yang menuduh dan juga yang dituduh perlulah daripada mereka yang berhemah dan adil, kalau salah satu daripadanya tak boleh pakai, jangan buang masa dengan bersumpah.
  5. Video tak boleh pakai sebagai bukti persaksian dan tuduhan.
  6. Kalau persaksian keluarga menentang tertuduh boleh dipakai, tapi kalau memihak tertuduh tak boleh pakai. Jadi dalam kes Anwar, penafian ahli keluarga tak kuat.
  7. Walau apapun, nasihat beliau dalam kes Anwar Ibrahin adalah "mintalah pertolongan pada Allah. Tak payah nak layan dengan isu remeh temeh sumpah dan sebagainya".
sumber: WartaShubhi

Azhan: Ya Allah, tersalah tarikh rupanya, ingatkan esok  program Dr Wahbah kat Masjid Shah Alam. Rupanya petang tadi...memang tak dak rezeki nak bertemu ulama besar dari Syria ni. Ruginya, penyesalan yang terlambat. Apa pun, isi penyampaianya sangat jitu untuk mengelakkan fitnah ini berpanjangan.

14 comments:

  1. hanya Allah yg tahu kebenarannya :)
    terimakasih atas perkongsian maklumat ini....

    ReplyDelete
  2. jgn sdey,,xdak rzeki..

    doa DR mai lg n ada rzeki n xtsalah tarikh da pasni =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Ada Ulama berkata menurut pengalaman yang mereka saksikan siapa yang menipu dalam sumpah akan turun penyakit ganjil kepadanya.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. mls lyn fitnah dan cerita berkenaan fitnah... tak pasal2 dapat tket free ke neraka...

    ReplyDelete
  5. Salam ya akhi,
    Bukan calang manusia yang menyokong DSAI..Prof.Dr.Yusuf Al Qaradhawi & Dr.Sheikh Wahbah Zuhaili..Mereka adalah ilmuan tersohor dan Ulama' Muktabar.

    ReplyDelete
  6. hhmmm... betul ckp naim nikmat.. bkn calang org yg skong DSAI..

    knapa masih ramai antara kita yg buta hati..

    ReplyDelete
  7. @cikmas: sama2 =)

    @anis: insyaallah anis =)

    @abd razak: mudah2an berlaku kepada siapa yang memfitnah...kita tunggu saja lah.

    @nasriq: betul tu, nanti bahana saja yang dapat.

    @naim & solihin: benar sahabat, ulama ni memandang sesuatu bukan dengan mata kepala sahaja, tetapi mereka memandang dengan mati hati =)

    ReplyDelete
  8. Salam!, sudah terlalu lama saya tidak beli suratkhabar U.M, mungkin beberapa tahun ini tidak samapi 5 kali, tengok berita tv pun terlalu jarang sekali, bukan apa, terlalu banyak disulami isu yang memualkan dan fitnah dari yang sepatutnya. Kalau beli dan dibaca orang lain atau keluarga pun seperti terasa menyebarkan fitnah atau berita yang tidak benar. Begitu juga menonton berita TV.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum tuan rumah..

    incik azhan ni mcm sorg kawan cik rimau la.. rajin join program2 mcm ni.. bagus la.. huhu.. psl video and sumpah tu, no comment.. hehe.. cik rimau stkat dgr berita je.. huhu

    ReplyDelete
  10. @iaryylr: memang benci habis ni kiranya.hehe.terbaik! ada hujah.

    @cik rimau: salam kembali cik rimau,

    mana baikpun, perkara ni perlu ambil tahu dari segi hukum saja supaya tidak ada salah faham dan fitnah kepada diri ja =)

    serah kepada Allah siapa yang betul dan salah...

    Yang penting kita tahu sedikit sebanyak hukum di sebaliknya =)

    ReplyDelete
  11. //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    bila blog kena block timbul

    diy bumbung kereta karat

    ~~~~~@@@~~~~~~
    Selamat Hari Guru
    ~~~~~@@@~~~~~~
    Wahai guru yang dikasihi,
    Engkaulah pelita diri ini,
    Menerangi hati nurani,
    Moga dirimu dirahmati
    ~~~~~~~~~~~
    Ya Allah peliharalah guruku,
    Agar dipimpin terus hambaMu,
    Agar terhindar dari Neraka,
    Moga dibukakan pintu Syurga
    ~~~~~~~~~~~
    Tak terbalas jasamu
    Berkorban jiwa raga
    Mendidik anak bangsa
    Jadi insan berguna
    ~~~~~~~~~~~
    Keikhlasan di hati
    Hulur bakti dan budi
    Kau penyambung warisan
    Ilmu cahaya hati
    ~~~~~~~~~~~
    Ampunkanlah wahai guruku,
    Kesilapan anak-anakmu,
    Ku serahkan jiwa ragaku,
    Agar terdidik nafsu liarku
    ~~~~~~~~~~~
    Dengan izin Allahu Rabbi,
    Engkaulah guru yang sejati,
    Engkau bersabar mendidik kami,
    Moga dirimu diberkati
    ~~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  12. //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    bila blog kena block timbul

    diy bumbung kereta karat

    Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

    Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

    ReplyDelete
  13. Yang penting mestilah di dahulukan...
    Gabatte ne...

    Harimau kumbang masuk perangkap

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...