Pages - Menu

4.5.11

Minyak Naik Lagi, Rakyat Naik Basikal Lepas Ni..


Salam untuk semua, 

Terima dengan hati terbuka, korang jangan naik minyak pula ya...malam ni minyak dijangka naik lagi, memang paras tertinggi kali ni. Sahabat2 yang pakai keta import memang terasa la, nak jaga engine kena pakai Ron97, tidak lingkup engine tu. Apa pun tahniah lah kerajaan, sejak menang PRD Sarawak, ni hadiah pertama untuk anda semua. Mesti rakyat Sarawak terharu ni =)

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. Kenaikkan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara ini dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred
ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.-Mk

Alah, minyak ROn97 ja naik, Ron95 kan ada. Memang ada, masalahnya barang2 juga akan naik yop. Kalau minyak ja naik, benda lain tak naik tak dak hal la sangat. Ayo...ni kaitan dengan kematian Osama bin Laden?

17 comments:

  1. ni la baru rakyat di dahulu kan...yeha!! hahaaa

    ReplyDelete
  2. apa nk buat...dh nasib kita camni...negara pengeluar minyak??????

    ReplyDelete
  3. haha..malas komen..rakyat malaysia kaye kot

    ReplyDelete
  4. jom ramai2 pakat naek beskal..sihat pun sihat...hihihi...


    lps tu blh melantak nasi lemak byk2..
    sbb kayuh beskal kn..hihihi

    ReplyDelete
  5. @azi; pemimpin didahulukan =)

    @nza: kesian orang2 susah...makin tersepit dan terhimpit

    @jaya: dah kayap dah ni.hehe

    @mina: naik basikal makan nasi lemak, gandingan ideal tu.hehe

    ReplyDelete
  6. terima kasih Bang Najib dan kak ros.. hehehe.... nak beli kuda sekoq.. hehehe...

    ReplyDelete
  7. nanti atok pakai kasut roda je pegi keja...bley?

    ReplyDelete
  8. kalau tak silap, zul nordin antara mp yang naik basikal ke parlimen dulu..sekarang hampeh

    ReplyDelete
  9. ape de halnya dengan depa...depa bukan nak rasa pon.pakai keta pon kerajaan bagi subsidi.belum claim benda lain lagi...naik seh lah!

    ReplyDelete
  10. jum pakat2 naek basikal je pasni.. haha.. jimat duet.. bdan pon sihat.. ;)

    ReplyDelete
  11. minyk dunia turun tak plak turun hari tu,,,kata ikut pasaran dunia...nanti 95 pun naik jugak..alasannya jurang harga yang jauh antara kuning dgn hijau..tak caya tengok dan tunggu...hehehehe

    ReplyDelete
  12. Student student memang akan terasa lah. Terima kasih BN.

    ReplyDelete
  13. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    air balang kenduri kahwin

    pasni ramai lerrrr rakyat bisiong dah asik naik tak turun pun harga dia ni.... rakyat makin terbeban

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. tak larat nak komen2.. jom baca http://ticerindehaus.blogspot.com/2011/02/adakah-kita-semakin-miskin-kalau-harga.html pastu nilai le sendiri.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...