Pages - Menu

26.5.11

Final Liga Juara-juara Eropah Barcelona vs MU 2011 | United Lawan Mudah Barcelona


MADRID - Legenda bola sepak Bulgaria dan bekas bintang penyerang Barcelona, Hristo Stoichkov menjangkakan bekas kelabnya tidak akan berdepan banyak masalah apabila menentang Manchester United pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, esok. Menurutnya, Barcelona tahu bagaimana hendak menang. 

Gergasi bola sepak Sepanyol itu mengharungi musim hebat dengan mempertahankan kejuaraan Liga Sepanyol buat kali ketiga berturut-turut dan ke final Piala Raja Sepanyol. Kemenangan ke atas United esok, bakal melengkapkan musim gemilang Barcelona. 

"Barcelona sudahpun mengharungi musim menakjubkan. Seluruh pasukan bekerja keras untuk merangkul kejuaraan La Liga, iaitu kejuaraan liga paling sukar untuk dimenangi. "Pada pendapat saya, kejuaraan liga lebih penting daripada kekalahan kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol atau final Liga Juara-Juara. 

"Saya jangka Barcelona akan mengharungi saingan Liga Juara-Juara yang mudah, pendekatan mereka dalam menghadapi perlawanan sangat tenang, tiada sebarang tekanan tambahan kerana mereka tahu bagaimana hendak menang.

"Bagaimanapun sekiranya mereka kalah, anda tidak boleh kata Barcelona gagal. Mereka sudah menjuarai liga dan ke final dua kejohanan besar. "Pasukan yang gagal adalah pasukan yang tidak berjaya melayakkan diri ke Wembley,'' kata Stoichkov.

Kata Stoichkov, adalah sukar untuk memilih siapa bintang yang akan menyinar dalam skuad Barcelona nanti kerana pasukan itu sarat dengan pemain penting yang mampu mencipta impak dalam perlawanan akhir nanti.

"Amat sukar hendak pilih satu pemain Barcelona yang boleh dianggap terbaik musim ini. Saya rasa, semua orang telah memainkan peranan yang sangat penting kepada pasukan. Anda memerlukan penjaga gol yang bagus, pertahanan yang baik dan peminat yang ghairah kalau anda hendak menang. Apa yang boleh saya katakan, Barcelona adalah pasukan hebat,'' katanya. [Agensi]

Azhan: Saya merasakan pun begitu, mudah rasanya Barca akan memenangi perlawanan Sabtu ni. Huh! Memang terasa bahang dah ni.... 

3 comments:

  1. tak setuju..hehe
    Man U bkn sbarang kelab..

    http://nazlifestory.blogspot.com/2011/05/fc-3-road-to-wembley-part-1.html

    ReplyDelete
  2. cube ang bagi mase yang betol..aku kompius malam esok ke,malam lusa..haha..nak sokong barca nih

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...