Pages - Menu

10.5.11

Cubaan Bunuh Anwar Ibrahim?

Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini. Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan Anwar dan keluarga. Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu.


“Masa balik dari Chemor dan kereta saya nak potong lori, tiba-tiba pemegang brek caliper terbuka. Bila ia terbuka, kereta bergegar. Tuhan punya kuasa, mujur tidak kemalangan.“Selama 28 tahun saya menjadi pemandu Datuk Seri, perkara ini tak pernah berlaku,” katanya yang turut menyertakan bukti gambar bahagian brek tersebut.  Berita lanjut

Azhan: Sampai bila politik kita nak berlarutan macam ni, makin lama makin parah. Siap main sabotaj cubaan bunuh lagi? Sepatutnya semakin lama negara merdeka, pemimpin semakin matang berpolitik. Saya tidak kisah lah siapa yang anda sokong, itu hak peribadi, tetapi rasa jijik melihat gelagat pelakon2 yang terus mencemarkan keadilan negara.

8 comments:

  1. Semuga Allah memeberi kemenangan kepada orang orang yang jujur.


    Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011

    ReplyDelete
  2. mmg keliru yg amat sgt politik malaysia zaman sekarang..

    ReplyDelete
  3. cis! kuajaq!
    dh mcm filem plak men sabotaj kereta..
    laknatlah depa ni Ya Allah..

    ReplyDelete
  4. bengong!!! mcm dalam filem jer

    ReplyDelete
  5. Apa yang korang tak puas hati dengan datuk seri anwar ibrahim ni...

    ReplyDelete
  6. Allah s.w.t tu kan bersama org2 yg benar. kbenaran tu jgk xpnah tidur

    ReplyDelete
  7. new low for malaysian dirty politic ):

    ReplyDelete
  8. sampai sangguh berbunuh-bunuhan...apa nk jadi dgn org kita.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...