Pages - Menu

28.5.11

Cerita Orang Kampung Kita...[Part 5] | Bola Sepak


Dua orang budak muda sedang leka minum sambil membelek berita akhbar..tanpa disedari mereka sedang diperhatikan oleh sepasang mata lelaki tua...

"Apa yang kamu seronok sangat tu Sham..." Soal Pak Man kepada salah seorang anak muda tersebut. Sham merupakan anak kepada bilal surau kampung, Pak Habib.

"Tak dak apa lah Pak Man. Ni dok baca tentang kemenangan Barcelona baru-baru ni. Bercelona menang 3-1 lawan MU." Leman terus sahaja menjawab, Sham masih khusyuk membaca sehinggakan leka mendengar soalan Pak Man.

"Alah..! Kau pula seronok lebih. Pak Man kamu ni ultras MU. Patah hati lah tu MU kalah.." Pak Mail sampuk jauh apabila mendengar perbualan mereka sambil ketawa terbahak-bahak.

"Baguslah kamu berdua minat bola. Sekurang-kurangnya kamu tak dok pergi merempit, buat kerja tak senonoh. Badan pun sihat kalau bersukan ni." Tambah Pak Mail lagi. Dia mula mendekati meja Pak Man sambil dibawanya secawa teh O Panas yang dipesan Pak Man tadi.

"Aku bukan apa, aku kesal tengok ramai anak muda minat sungguh kepada kelab-kelab luar. Kelab EPL, La Liga, Bundesliga, Serial A Italy...macam2 lagi lah liga kelab luar yang anak-anak muda ni sokong. Tapi liga dalam negara tak pernah pula ambil tahu...dok sibuk sorok pasukan luar sahaja..." Pak Man mula menjelaskan sesuatu kepada kedua-dua orang anak muda tersebut.

"Uish! Pak Man ni macam pengkritik sukan pulak...tahu semua pasal liga kat dunia ni..." Sham terkejut apabila mendengar luahan hati Pak Man tadi.

"Aku ni sokong MU sejak kamu tak lahir lagi Sham...Walaupun aku ni umur dekat 60, aku kenal semua tau pemain MU...korang jangan tipu aku la pasal MU ni...." balas Pak Man semula. Kedua-dua orang anak  muda tersebut mula memberikan pehatian kepada wajah lelaki tua itu.

"Silap-silap Sir Alex Ferguson ni kenal Pak Man rasanya...kahkahkah!" Pak Mail mencelah sambil ketawa kuat kepada mereka. Sham dan Leman membalas dengan senyuman sambil tumpuan masih diberikan kepada Pak Man.

"Korang dok sokong kelab omputih ni tapi negeri sendiri lawan tak nak pula bagi sokongan...tak nak pula pergi stadium. Jangan kita sokong syok sendiri. Yang lebih penting belajar sesuatu yang berfaedah daripada gergasi-gergasi bola sepak tu..." Pak Man mula bersuara.

"Yang pergi stadium pula ada yang lebih teruk daripada beruk...korang tahu tak kenapa? Ramai penyokong pergi stadium dok buat kacau...baling botol, baling mercun, baling apa sahaja yang ada...yang teruk lagi dok maki hamun mencarut sana sini. Penyokong kelab luar tak ada pula buat macam ni, kita tengok sahaja perlawanan akhir baru ni, tiada apa masalah pun timbul..." Jelas Pak Man panjang lebar.

"Kamu dua jangan pandang Pak Man sebelah mata. Pak Man kau ni dulu pemain terhebat kampung kita ni...sebut saja nama dia, kecut perut pemain kampung lain..." Tambah Pak Mail pula sambil mengenangkan zaman muda mereka. Sham dan Leman diam membisu, masing-masing memasang telinga.

"Itu cerita dulu la Mail...sudah2, kamu kira harga untuk Sham dan Leman ni sama nanti, aku bayarkan." Balas Pak Man, sambil Sham dan Leman mengucapkan terima kasih kepada Pak Man.

4 comments:

  1. tahniah... barca...
    Piala FA nanti.. harap2 kelantan menang...

    ReplyDelete
  2. gembira Barca menang semalam dan sangat suka entry nih
    banyak pengajaran kita leh belajar dari entry nih

    ReplyDelete
  3. Assalam,

    Masa kecik2 mamawana selalu main bola dgn budak2 lelaki . Dah sekolah menengah jauh plak dari budak2 tuuu.. Malu ler tu.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...