Pages - Menu

30.5.11

"Bir Halal" Mengandungi Alkohol | Aku Macam Pernah Minum Air Buah-Buahan Ni...




Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Perghhh, tengok balik kedua gambar ni aku teringat satu peristiwa....mungkin saya sepatutnya kongsi dengan semua supaya jadi pengajaran dalam menitik beratkan soal makan minum ni. Kecoh seketika apabila bir yang dikatakan halal mengandungi alkohol..Dalam berita tak dinyatakan pula brand apa, tapi rasanya semua brand hampir sama saja..

Aku tengok balik gambar tu betul2, aku teringat sesuatu...rasa aku pernah minum dah air "Bir Halal" ni...pergghh, tak kan aku minum arak kot. Tergoncang juga hati ni, mungkin kesilapan aku sendiri. Istighfar panjang teringat balik. Perkara ni jadi waktu aku hadir program ni sebuah masjid besar di sebuah negeri, aku perlu rahsiakan tempatnya secara jelas tetapi program ni adalah berkaitan dengan Misi Kemanusiaan Gaza. AKu hadir sekadar menjadi pemerhati dan ingin melihat perkembangan tentang misi tersebut.

Sebelum mula program tu, aku pusing2 area masjid, banyak orang jual macam-macam barang. Kebetulan waktu tu tekak dah terasa sangat haus, berpusing-pusing aku sekitar gerai-gerai tu. Aku bukan sendirian tetapi dengan beberapa lagi orang kawan. Kebetulan waktu tu aku terpandang ramai orang mengerumi satu gerai ni, penjual berkopiah berjubah mempromosikan air buah-buahan daripada negara Arab. Awalnya aku cuma tengok2 saja, tak terdetik pun nak beli..

Salah seorang kawan aku tiba-tiba nak try minum, kami pun beli dua botol, lain2 perasa. Lagipun banyak ,kongsi saja dengan lain. Aku minum sikit saja, memang terasa lain macam juga air ni...tak macam air buah-buahan pun. Aku minum dua tiga teguk dan bagi pada kawan yang lain...tekak kering sangat waktu tu. Kawan lain juga tak mampu nak habiskan, air masih berbaki buang macam tu saja...tak terfikir pula, air "buah-buahan" ni ada alkohol, yang jual tu pula pak haji, gerai dalam masjid lagi...jauh sekali terfikir soal halal haram tu...

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kami yang tidak mengerti dulu. Peringatan kepada diri dan sahabat2, lepas ni kena beringat sebelum makan atau minum sebarang minuman/makanan. Perlu jelas kehalalannya, kerana yang haram itu akan membentuk daging dalam tubuh dan diakhirat menjadi bahan bakar api neraka, Na'uzubillah...moga Allah mengampuni dosaku...perkara ni menjadi pengajaran yang bermakna dan tidak akan berulang lagi.



PADANG SERAI: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam. 

16 comments:

  1. salam kenal.dtg dr blog FS.
    adakah mmg anda pasti jenama ini?berbican?

    sampai hr ni msh tercari2 jenama apa.sbb mmg ikhlas beberapa bulan lepas LM juga pernah beli dan minum barbican.rakan2 ramai yg minum,terdetik nak rasa di awal kehamilan.klu shopping pun arab2 kat qatar ni sure beli berdozen2.

    tgk non alkohol..so laju2 jek beli perisa rasberrry.smgu simpan br minum.bila minum...berbuih2.then teguk 3 kali rasa melayang mabuk..terus campak.tertny2...mabuk ke air ni?ke aku yg mabuk sbb peknen?

    sbb tu rasa sgt bersalah minum airni.tp blm jumpa entri yg mengatakan inilah air yg dulu kata halal skrg kata haram.huhuhu

    ReplyDelete
  2. haram ke? kata tak da alkohol? nasib bek tak pernah terfikir nak minum. diet lah konon

    ReplyDelete
  3. huhu..mcm2 org zmn skg ni x tipu kite dgn brg diorg..kononnye halal la..

    ReplyDelete
  4. kena beto beringat dan amek berat~
    mcm2 skrg huhu ='=

    ReplyDelete
  5. Rasa,warna malah cara pembuatanya juga sama,diperam.

    Ada atau tidak alkohol ia tetap haram(diperam)

    Logik akal zaman dahulu mana ada alkohol,tetapi ia tetap haram.

    Kebanyakan datang dari iran,jadi waspadalah.

    ReplyDelete
  6. salam...
    urm sye pun da minum...but time tu xtaw..n xjatuh hukumkn??epal,anngur..mmg sdp..xsangke rupenye haram...ya allah...terkejot gler bler dgr brite pasal ny...

    ReplyDelete
  7. nama pun bir takkan le halal...


    http://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/05/merasionalisasikan-subsidi.html

    ReplyDelete
  8. hmm takut gak, nasib baik x pernah minum huhu :)

    ReplyDelete
  9. dahlah mahal, haram pulak..

    ReplyDelete
  10. barbican haram ke ? wahh . kt kolej ade jual . kwn2 ade suruh minum sbb dorg kate halal . tp adda takut sbb bentuk botol nye mcm arak .. alhamdulillah tk terminum .. :)

    ReplyDelete
  11. jadi , halal ke haram ? kandungan alcohol nyer berape ?

    anis tak pnnh mnum , tapi kawn2 rumah pernah bawak balik air nie ,

    ReplyDelete
  12. Pada kakaklah apabila telah ada nas mengatakan bahawa arak itu haram bermakna tak ada arak yg halal. Biar pun percentage itu point zero beribu dan diikuti 1 sekalipun ia tetap haram.

    Carilah yg halalantoyyiba dan tidak ada syubhah. Banyak yg sohih dan halal usah dicari yg syubhah...

    ReplyDelete
  13. hehehe.. kaddang kita sangat sangat tak mengambil berat ttg makanan... aku jarang makan sangat menda merapu...

    ReplyDelete
  14. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??

    diy pasang sticker carbon fibre

    yang pasti aku pernah rasa tak sedap macam minum air sabun banyak gas...

    mencari yang halal itu Fardu

    ReplyDelete
  15. xpernah minum lg...baik minum milo ais jela

    ReplyDelete
  16. errr... yg ISTAR tu ada alkohol gak ka?
    aku pnah minum yg istar tu, dlm tin..
    ayah aku beli kt kompleks pas msa ceramah nik aziz..
    biar btol ni? astaghfirullah...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...