Pages - Menu

7.5.11

Bangga Islam Agama Rasmi?

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)


Timbul pula isu agama, begitulah sajian dan santapan pembaca hari2. Orang Melayu kalau sebut saja bab agama, semua terus nak melompat, lompat sana sini.hehe. Tapi hairan juga, orang2 Melayu juga yang byk jual agama. Yang melompat sangat tu, cukup sempurna solat lima waktunya? Penuh puasanya di bulan ramadhan? Sentiasa dalam jemaah di masjid? Betul2 ka korang ni sayang Islam atau sayang syok2 ja?

Satu persoalan, mereka ni bangga ya Islam agama rasmi? Atau sekadar bangga macam tu saja. Apa yang nak bangganya, ni hasil yang kita ada. Pemimpin2 sendiri dedahkan aurat? Undang2 negara masih undang2 rimba (ISA) dimana pula letaknya undang2 Islam yang telah digariskan dalam AlQuran? Berapa ramai anak2 muda Islam yang rosak dan terus lingkup dalam negara Islam Malaysia ni? 

Berapa ramai para ulama yang ditahan kerana berceramah dalam masjid, terus diharamkan ceramah/kuliah? Ni yang dibanggakan sangat Islam agama resmi persekutuan, sekadar ada hitam putih ja la...

Jangan api makan diri sendiri.

Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi."  

Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri. Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Tambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain. “Ini permainan politik orang yang terdesak,” kata Lim sambil menambah, “dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja”. 

Sementara itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan berkenaan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai “tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.(sumber)

3 comments:

  1. org tak berani bersuara. takut pd undang2. tp yg hairannya tak takut pd Allah. Islam hanya pd nama. pemimpin sndiri x tegur bini tutup aurat, ape kes? kalau pemimpin sndiri x tunjuk contoh baik, mana org nk ikut. melayu dulu dan skrg jauh beza. kalu dulu melayu snggup pertaruhkan apa saje, skrg ni, melayu duk goyang kaki je. kalu boleh nk lari dr sume masalah. bile da senang, mcm ni la jdnya

    ReplyDelete
  2. Maaf... mngganggu sbtr utk sme ingt-mngingati. Keadan dunia kita skrng pnuh dgn gelora, prmasalahan dn bencana yg mlibtkn manusia mahupun alam. Ianya tk akn brkesudahan dn yg mampu kita lakukn, mencari punca segala prmasalahan ini...
    Di sni sy srtakn alamat link yg brkaitan dgn prmasalahan yg dialami kite insane dn dunia ini... Harap sudi membaca dn brfikir dgn tnang, kelak akn terfikir dimana kebenaranya...:)

    http://www.youtube.com/watch?v=4_OAauYfPwE


    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=893


    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14021

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...