Pages - Menu

31.5.11

Belia Menjadi Pertaruhan Masa Depan | Usah Leka Dengan Umpanan


Salam untuk semua, moga dirhamati =)

Terbaru himpunan sejuta belia dianjurkan di Putrajaya mendapat sambutan yang menggalakkan. Tetapi sejauh mana kesan himpunan belia ini dapat menjamin kebebasan belia dalam bergerak dalam negara dalam semua aspek? Mungkin beberapa hiburan diselitkan supaya menjadi tarikan kepada belia untuk hadir, itu lumrah kerana hiburan + belia tidak dapat dipisahkan...tetapi apa yang korang dapat pergi himpunan tu...? Atau sekadar seronok berhimpit-himpit laki perempuan sana sini...




Lepas ni akan ada satu lagi himpunan iaitu Himpunan Aman Bersih yang akan berlangsung di KL. Kepada anak muda, anda diseru untuk turun beramai-ramai dalam menyuarakan beberapa tuntutan dalam menentukan pilihanraya bersih dan adil. Suara anak muda teras kepada kebangkitan umat masa depan, jangan takut melakukan perubahan, jangan sekadar berteguk air, bersilang kaki, berdiam bisu dalam menikmati hari-hari mendatang...kerana masih ramai insan yang terzalim akibat sistem yang korupsi ini.



Ratusan ribu manusia dijalanan bersuara menghantar memorendum kepada Yang Dipertuan Agong suatu ketika dahulu, bukan sahaja memberikan tamparan kuat kepada pentadbiran korupsi tetapi membuka mata dunia betapa bermasalahnya demokrasi di Malaysia. Suara rakyat suara keramat~



Demokrasi Belia Sekadar Retorik
PETALING JAYA 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya kalau kerajaan dapat memperluaskan penglibatan dengan golongan belia, mereka akan sedar bahawa demi masa depan negara, mereka juga perlu mengambil bahagian dalam proses demokrasi negara ini. Menurut Perdana Menteri, demi menentukan masa depan yang sebaik mungkin, secara langsung ini akan membuka minat mereka untuk mendaftar sebagai pengundi.

"Saya percaya dengan sendirinya mereka boleh menimbulkan minat untuk menjadi pengundi kerana mereka nak menentukan siapakah sebenar-benarnya boleh membantu mereka dan menentukan masa depan yang sebaik-baiknya kepada generasi muda hari ini,” katanya kepada pemberita apabila ditanya langkah yang boleh dijalankan bagi golongan muda mendaftar sebagai pengundi. - Bernama

8 comments:

  1. perhimpunan yang tak de faedah..
    ada kat satu blog cerita masa azan pun budak2 muda tu boleh jamming je tak peduli azan,,\memang fokus pada hiburan je ni..yang jalan berpimpin tangan laki pompuan pun ramai..

    ReplyDelete
  2. hurmmm jika benda sia2 baik tinggalkan saja.

    ReplyDelete
  3. hiburan + belia mmg tak dpt dipisahkan.. klu iman dan amal juga tak dapat dipisahkan dari belia kita, tentu lebih bagus kan..

    Salam kenal yer.. Thanks sudi singgah ke blog akak..

    ReplyDelete
  4. asal berhimpun, mesti nk kna ada konsert.. huh..

    ReplyDelete
  5. @diana: betul? ish memang tak hormat azan btul tu...

    @lydia: betul kak =)

    @hnis azla: betul tu kalau iman+amal kan bagus untuk belia =)

    @solihin: biasa bro...baru syok.haha

    ReplyDelete
  6. satu juta ker?
    dengar kata tak sampai 10 ribu

    ReplyDelete
  7. perhimpunan untuk memuaskan hati seorang penguasa tua

    ReplyDelete
  8. entahlh....trkdg sakit mata tgk program yg brcampur gaul lelaki n pompuan camtu....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...