Pages - Menu

11.4.11

TPM minta 'jasa baik' guru di S'wak sokong BN

NONEMenteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan. Beliau yang juga timbalan perdana menteri menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.

Muhyiddn yang juga timbalan pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang ini.

Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting. Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin berkata, rancangan pembangunan mungkin terjejas jika berlaku perubahan tersebut.

Menurutnya, rancangan pembangunan akan terjejas jika berlaku gangguan atau perubahan mengikut cara pembangkang.Beliau mengumpamakan kempen pembangkang untuk perubahan itu umpama 'tikus membaiki labu' - satu pepatah Melayu yang bermaksud tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan. {Malaysiakini}

Azhan: Terdesak, ugut kakitangan kerajaan? Tak profesinal...

5 comments:

  1. Orang politik memang suka buat lawak, bila terdesak baru merayu2...

    ReplyDelete
  2. Salam Azhan,saya setuju dengan komen jr shoppe dan miecyber.tak perlu tambah lagi.
    Orang politik memang sukar diramal dan suka berjanji .cuma politik yang berlandaskan Islam yang boleh dipercayai

    ReplyDelete
  3. salam para sahabat saya yang dirahmati

    terima kasih ijok, miecyber dan JR Shoppe. Menjelang sahaja pilihan raya banyak saja janji2 manis ditabur merata2...semuanya sekadar penghias muka depan akhbar dan berita.

    ReplyDelete
  4. haissshhh...tak tau nak ckp pe....
    tgu pilihanraya besar nnti la...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...