Pages - Menu

2.4.11

Injil Dibenarkan Cetak Dalam Bahasa Melayu di Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hari ini mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil. Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

idris jala interview 200910 04“Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Beliau mengakui kerajaan dan kakitangan awam bukan sempurna kerana semua manusia adalah “menarik tetapi tidak sempurna pada mata Tuhan”. "Dan atas segala kekurangan kami dalam menangani isu Injil ini, saya berharap penganut agama Kristian akan memaafkan kami,” katanya.

Azhan: Ramai umat Islam buta Al Quran, datang pula kitab2 sesat lain yang mudah untuk memesongkan akidah umat Islam. Malaysia nak jadi liberal macam Indonesia?

3 comments:

  1. Ya Allah...selamatkanlah akidah umat Islam di Malaysia...


    Hotel ayam

    ReplyDelete
  2. semoga akidah anak2 muda xtrpesong...

    ReplyDelete
  3. hari tu mina pi pasar malam...
    lepastu nmpk org jual buku..
    mina pegi la nak beli buku...


    sekali jumpa satu buku ni...tajuk best...sekali...adoooiii...

    blh terpesong tau...buku kristian...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...