Pages - Menu

23.3.11

Video Seks "Anwar", Kelas Mentaliti Pemimpin Negara?

 Suatu masa dulu merupakan pemimpin yang hebat...

Dalam bab video yang disebut-sebut ni aku tak nak komen apa-apa sebab aku tak mau jadi "bias" sementelah lagi aku belum tengok video yang disebut-sebut tu. Mat Motor ni sendiri pun aku tak tau samada dia dah tengok atau belum video tu tapi kalau dibaca kenyataannya, dia "yakin" itu dalah pemimpin Mr. Y yang disebut-sebut oleh puak-puak UMNO.

Mungkin betul dan mungkin jugak tak betul dakwaan puak-puak UMNO. bagi yang memakai ketayap dan membawa imej Islam, bila dia sebut dia "yakin 110%" maka dah jelas berlaku "subahat" kalau individu yang berada dalam video tersebut bukan Mr. Y yang disebut-sebut oleh puak-puak UMNO. Betul atau tidak kita pun tak tau sebab aku yakin kita semua belum tengok lagi video tu dan kita pun tak tau kesahihan video tu.

Kalau video tu palsu, maka yang jelas bersubahat akan menanggung dosa selama mana dia tidak mohon maaf pada individu yang menjadi mangsa fitnah. dosa memfitnah tidak akan mendapat pengampunan daripada Allah melainkan hanya boleh dimaafkan oleh individu yang menjadi mangsa fitnah.
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Aku tak mau terlibat dalam menanggung dosa fitnah, jadi buat masa ni aku tak nak komen apa-apa pasal video yang disebut-sebut tu.

Cuma sebagai rakyat Malaysia, aku rasa sangat-sangat sedih sebab dalam era kemodenan, era menuju negara maju, negara yang hebat dengan teknologi Nuklear yang akan kita bina, kita masih menggunakan taktik kuno zaman jahiliah iaitu menjatuhkan lawan politik dengan "fitnah". Masuk dekad baru, kita semakin kebelakang. musuh politik tidak dijatuhkan dengan hujah kebijaksanaan berpolitik sebaliknya cuba dijatuhkan dengan skandal "seks".

13 tahun dulu adik-adik aku baca surat khabar sebab ada cerita seks & 13 tahun kemudian aku tak sangka anak-anak aku & anak-anak kita semua masih membaca cerita yang sama di dalam surat khabar. paling hebat, cerita-cerita ni terpapar dimuka depan akhbar Media Perdana.

Majalah seks cuma letak tajuk dekat muka surat depan dan bila kita bukak mua surat dalam, cerita yang ada dekat dalam tu kadang-kadang langsung tak de kena mengena dengan seks. lain pulak dengan akhbar sekarang. tajuk besar dekat muka surat depan dah jelas berunsur seks, bila baca cukup detail siap cerita apa itu "oral seks".

13 tahun dulu umur aku 23 tahun, bila aku baca dekat surat akhbar bab oral seks, aku kena tanya ramai orang apa tu "oral seks" dan masa tu aku rasa bila aku tanya oral seks tu apa, hampir semua orang yang berumur daripada aku tak tau apebenda "oral seks".

Last skali aku dapat tau "oral seks" tu melalui sorang sasterawan yang arif dalam bahasa melayu lama & baru. baru aku tau "oral seks" tu apa. tahun ni umur aku 36 tahun, budak-budak sekolah rendah yang aku jumpa pun tau oral seks tu menatang apa... betul la... Malaysia dah maju.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah Negara Maju, maka taktik mengalahkanmusuh dengan hujah dah berguna lagi... rakyat makin bijak menilai hujah, rakyat makin terdedah dengan berbagai fakta dan akan mengadili semuanya dengan akal yang sihat hatta sambil-sambil menikmati "oral seks" pun rakyat masih sempat berBB mencari maklumat.

Jadi Negara ini harus undur sedikit kebelakang. undur kebelakang adalah 1 cara yang bagus untuk mengelirukan manusia-manusia bermaklumat. cara kuno ni kira macam lebih kurang pakai santau la... kes macam ni selalunya yang buat bijak pandai yang ada lulusan PhD terbongkang tak leh nak jawab dengan jelas sebab maklumat tak jelas.

Bila maklumat tak jelas, akan jadi masalah untuk buat kajian... jadi lulusan PhD hanya akan keluarkan "pandangan" sahaja. pandangan ni tak berapa jelas, dan akan jadi bahan debat sampai bila-bila.

Bagi yang ada "gen MeLAYU bodoh" macam Zul Kulim, tak payah fikir panjang, terima ke bulat-bulat pandangan sekerat jalan tanpa hujah berbukti.

Ini yang berlaku sekarang.

Yang lain-lain korang fikir la sendiri.


Azhan: Ya Allah,moga kau tunjukkan kebenarannya...

9 comments:

  1. Pelakon prono itu mungkin si Esk,muka dihampir sama,berkawan pula dengan Babak bojan.

    ReplyDelete
  2. Ni...lah mentaliti pemimpin yg jumud pd dunia...hilang rasa malu,maruah sanggup digadai...asal matlamat tercapai...

    ReplyDelete
  3. amat memalukan.....satu hari nnti tuhan akan tunjuk jgk kebenarannya..



    see....wait....

    ReplyDelete
  4. Rosak pemikiran budak budak yang baca berita.

    ReplyDelete
  5. @Kiff: susah nak komen isu ni, tapi sangat bersimpati dengan DSAI

    @Fatmasha: tu lah, depa ni tak fikir apa dah, kesan baik buruk dan padangan dunia luar kepada Malaysia, agak memalukan

    @mina: ya kak mina, kebenaran pasti datang! Amin :)

    @Syed Ahmad Fathi: kadang2 nak terang kat budak2 yang bertanya pun susah...apa itu sodomi? apa itu liwat? haih...macam2 kan.

    ReplyDelete
  6. yg keluar paper tu biasa la tu..
    apa nk heran..
    nnt kan akan ada pendidikan seks plak.. haha..

    ReplyDelete
  7. Atok sedih dan simpati dengan mangsa...Moga Allah memberikan kekuatan kepada si tuduh dan moga kebenaran akan terbongkar 1 hari nanti...rakyat makin bijak menilai...fitnah itu lebih dasyat dari membunuh

    ReplyDelete
  8. salam dalam Islam sebarang tuduhan zina dianggap sebagai fitnah jika penuduh tidak mendatangkan 4 orang saksi yang adil(baik akhlaknya) yang melihat sendiri perlakuan tersebut secara terperinci.

    jika tidak sipenuduh yang akan di kenakan 80 sebatan kerana memfitnah dan menjatuhkan maruah orang.

    http://ijoks2009.blogspot.com/2011/03/kes-liwat-sudah-kantao-kini-cerita.html

    ReplyDelete
  9. teruk tol org di dunia zaman skg nie..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...