Pages - Menu

19.3.11

Pilihanraya Umum Negeri Sarawak 2011

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin, 21 Mac ini, menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya negeri itu. Pembubaran itu membolehkan pilihan raya negeri kali ke-10 diadakan, ketika Taib dan Barisan Nasional negeri berdepan pelbagai isu yang kritikal.

Tarikh penamaan calon dan pengundian walau bagaimanapun belum diumumkan. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran. Pilihan raya ini menggambarkan keyakinan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka menyusul tidak lama selepas pilihan raya Sarawak.

BN mencapai kemenangan cemerlang di Dun Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang dalam pilihan raya kecil 6 Mac lalu. Taib yang memimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama parti komponen BN di Sarawak memenangi 61 daripada 69 kerusi dalam pilihan raya terakhir pada 2006.

BN Sarawak di bawah Taib walau bagaimanapun berdepan isu-isu sukar pemerintahan berdekad ketua menteri itu dan rampasan kitab Injil berbahasa Melayu oleh kerajaan. Kedua-dua isu meletakkan Taib dan BN dalam keadaan defensif, terutama isu Injil yang ditujukan untuk menjejaskan sokongan masyarakat Kristian Katolik yang besar di negeri itu.

Isu pemerintahan Taib dan kemelut Injil bahasa Melayu yang ditahan pihak berkuasa mula panas dan menjadi perhatian menjelang pilihan raya Sarawak yang dijangka banyak pihak. Tekanan yang meningkat terhadap BN Sarawak ini dijangka akan memberi kesan kepada persembahan Taib dan BN negeri itu nanti.

Selain itu, era selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan pengaruh dan sokongan parti-parti pembangkang meningkat dan penubuhan parti baharu Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dijangka turut memberi kesan kepada pilihan raya ini nanti.

Parti-parti Pakatan Rakyat selain DAP walau bagaimanapun dijangka berdepan laluan sukar di Sarawak kerana masih dilihat parti Semenanjung di sebahagian besar negeri itu, dan bagi PKR, kesan negatif dijangka tercetus akibat krisis dalaman parti itu kebelakangan ini. Populariti PKR terjejas di Sarawak dan Sabah ekoran ketidakpuasan hati ahli-ahli di kedua-dua negeri. 


Dua tahun lepas jejak kaki di sana, tertanya2 ni kedai atau masjid? Terletak sederet dengan kedai2 ikan dan kedai runcit...

Selepas 16 pilihan raya kecil Dun dan Parlimen pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, BN dan PR memiliki kekuatan yang setara dengan kedua-dua pihak memenangi 8 kerusi. Malah BN mungkin mempunyai beberapa kelebihan ekoran persaingan dalaman parti-parti PR, termasuk PAS yang akan melalui pemilihan kepimpinan awal Jun nanti. {SiasahDaily}

Azhan: Meriah seketika negeri Bumi Kenyalang lepas ni...jangan lupa Sarawak mempunyai keluasan negeri hampir sama seluruh semenanjung...jenuh nak p kempen ('',)

3 comments:

  1. aku kurang paham politik,,,, mk gak komen ya....

    ReplyDelete
  2. lama tu memerintah, ada rekod perdana menteri, ketua menteri, menteri terlama diMalaysia tak? seronok juga kalau saudara ada cartatu...

    ReplyDelete
  3. huhuhu.....agak2 nye parti mana yg menang pulak kan...


    tentu rakyat disana dah bosan dgn parti yg sama...fuuhhh..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...