Pages - Menu

21.3.11

Malam Final Program Adik-Adikku Musim ke-2, Mantop & Hebat!

Munir, Johan Adik-adikku Musim ke-2

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Berakhir sudah program realiti Adik-Adikku yang berlangsung dengan meriah dan sengit malam tadi. Pertama sekali saya nak ucap tahniah kepada adik MUNIR kerana kejayaannya yang menjuarai program Adik-Adikku Musim ke-2. Usia bukan penghalang, baru berusia 10 tahun tetapi petah berkata2 umpama pemimpin2 politik. Peserta akhir yang termuda yang menang, hebat! Sempat juga saya bergambar dengan adik MUNIR malam tadi.

Kepada sepupu saya, adik IFFAH AHMAD HELMI, saya turut mengucapkan tahniah walaupun sekadar mendapat hadiah sagu hati, dapat layak ke akhir pun sudah cukup hebat dan membanggakan. Kemenangan bukan keutamaan, yang penting adalah pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh semasa mengikuti program realiti Adik-Adikku. Pengalaman menyertai program tersebut dapat mendedahkan mereka kepada pembentukan jati diri  dengan lebih mantap disamping ilmu-ilmu agama yang diterapkan oleh para murabbi. Kepada Ust Zambri "Mantop", terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada adik IFFAH ('',)

Saya belum upload lagi gambar2 yang diambil, insyaallah ada kesempatan saya akan upload gambar malam final tu. Yang bestnya hari ni, ramai pula rakan2 guru dan anak2 murid datang jumpa...tanya nampak muka dalam TV malam tadi.hehe. Tiba2 pula jadi popular sekejap, abg kamera tu fokus baik punya depan kepala, tak senang pula jadinya nak duduk ('',) 

Apa pun memang best dan sangat terhiburlah malam tadi, semua persembahan memang mantop dan hebat belaka! Tahniah semua adik-adik! Moga kalian lahir sebagai seorang pemimpin masa depan negara ('',)

8 comments:

  1. SAYA NONTON JUGA MALAM TADI.. CAMNE IFFAH TAK MENANG.. DIA PUN BAGUS JUGAK MALAM TADI..

    ReplyDelete
  2. terlepas sudah...

    harap2 ada siaran ulangan. nak tengok dengan anak2 juga.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    Munir sangat hebat, namun Iffah tidak kurang hebatnya juga...berentap di final bermakna semuanya hebat-hebat belaka...tahniah semua.

    ReplyDelete
  4. tahniah kpd adik2ku..
    semua dianggap pemenang dah,
    bangga ada generasi macam ini kan

    ReplyDelete
  5. salam.

    tak tengok semalam.kecapekan. tidur awal. apapun, tahniah buat pemenang. adik iffah... no worry..dapat masuk pun dah kira salah seorg pemenang...minta pupu belanja ais krim cepat.

    ReplyDelete
  6. salam..

    oo iffah tu sepupu ye....smpaikan tahniah utk dia...xmenang tu xsemestinya kalah... :)

    ReplyDelete
  7. ya Allah, terpana sy tgk dia berpidato..sedap betul suara dia, nak2 mase ngaji...mmg layak ah dia menang... :) sepatutnya, kena ada program cam gini utk remaja lak [ 13-18 tahun]..setuju tak??

    ReplyDelete
  8. erk, tak pernah tau pun program ni~ okie ketinggalan~ -.-"

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...