Pages - Menu

5.3.11

Kepada Pengguna, Berhati-hati Dengan Minyak Masak Tiruan!


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Minyak masak merupakan pendamping utama kepada semua tukang masak, tak kira di rumah, di kedai makan, dan restoran besar. Semuanya memerlukan minyak masak. Kepada sahabat2, terutama golongan ibu, anda diminta berhati-hati dengan minyak masak yang dibeli kerana sekarang ni sudah banyak minyak masak tiruan. Dijual dengan harga yang murah dan menggunakan jenama2 yang "bukan".

Bagi elakkan membeli minyak masak tiruan, beli lah yang ada brand sikit. Bukan nak kempen jadi duta minyak masak pula.hehe. Tetapi demi keselamatan dan kesihatan kita seisi keluarga. Nak kaya punya pasai, sampai minyak masak pun ada yang pirate. Haish! Naya sapa yang dah beli, kepada penggunaan minyak masak. Beli lah yang ori ('',)

Berita terkini

KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membongkar satu sindiket mengitar semula minyak masak yang sudah diguna sebelum dijual semula kepada orang ramai di pasaran tempatan, kelmarin. Kerja jahat sindiket yang didalangi dua warga tempatan berusia 30-an dan 40-an itu dibongkar oleh KPDNKK Putrajaya melalui ‘Ops Goreng’ dan serbuan ke atas sebuah premis haram di Pandamaran, di sini.

Dalam serbuan 5.30 petang itu, hampir 40,000 kilogram minyak masak bernilai kira-kira RM200,000 dirampas. Seramai sembilan pegawai dan anggota KPDNKK Putrajaya diketuai Ketua Operasi KPDNKK Putrajaya, Hashim Daud.

Malah ketika serbuan, seorang daripada lelaki terbabit memecut laju lorinya sejauh hampir lapan kilometer sebelum berjaya dipintas. Hashim berkata, hasil siasatan mendapati sindiket terbabit akan mengambil atau membeli minyak masak yang sudah digunakan dari restoran dan hotel di sekitar Lembah Klang sebelum ia dicampur dengan minyak masak baru. {Metro Ahad}

Kisah benar daripada pengguna 

Tahukah anda bahawa Minyak Masak yang dijual dalam bungkusan plastik yang sudah siap dibungkus merupakan minyak masak kitar semula.
Kebiasaannya, minyak masak tersebut dijual oleh pihak hotel kepada pemborong. Pemborong pula menjual semula kepada pengilang untuk dibungkus semula. Saya pernah bertanya kepada pekerja mcdonalds dan selepas melihat sendiri tokey cina dengan van buruk ambil minyak terbuang dari sana kemudian dicampur dengan minyak dari kedai-kedai lain yang diambil sekitar kawasan saya pada pulul 2 pagi. Mesti apek tersebut ambil minyak dari restoran cina yang bersepah dekat area sini. 

Perlu anda ketahui bahawa ada hotel yang menyediakan masakan 'pork'. Di khuatiri sekiranya minyak masak tersebut telah dicampurkan dengan minyak masak yang lain dan dibungkus semula untuk dijual pada harga murah.

Kesan kepada kesihatan

7 comments:

  1. baru dapat tau info macam ni. terima kasih bagitahu.

    ReplyDelete
  2. sy dan family mmg xpernah beli minyak msk mcm ni...risau....sbb penah dgr org kate,ni minyak masak recycle dari hotel2 ke,mane ke...so kita xtau le dia guna utk masak apa sebelum tu kan ..nauzubillah ;)

    ReplyDelete
  3. lor....tq info...ingatkan sabun je ada brg tiruan...minyak pun sme...
    adooii..

    ReplyDelete
  4. minyak engine pun ada yg tiruan..minyak masak bahaya ..sebab campur mcm mcm..hehe

    ReplyDelete
  5. kalau minyak masak pon boleh jd tiruan..tak tau la barang lain mcm mane ek..

    ReplyDelete
  6. Ermm... Nice sharing pren..terima kasih ya!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...