Pages - Menu

14.3.11

Jom Kempen Pakai Kondom Elak HIV? Gambar Menarik!

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Jangan rasa jelek pula baca tajuk entri kali ni ya, ni  bukan entri yang bukan2, tetapi kempen nak banteras HIV. Kempen ni telah diadakan di sebuah kompleks beli-belah tekenal di Bangsar, Kuala Lumpur. Kempen tersebut anjuran bersama PT Foundation dan ruumzcauses dengan Studio Phase, kyanite.tv, Orchan Consulting & Creative Juice/Sil yang menjadi projek pertama seumpamanya di Malaysia dari rakyat untuk rakyat. 

Jika dibuat pemerhatian, yang banyak menggunakan kondom adalah pasangan yang belum bernikah. Contoh mudah, lepas saja diadakan sambutan malam merdeka atau malam tahun baru, esok hari kita dapat lihat bersepah2 kondom yang dibuang di jalan2, di celah pokok dan sebagainya. Tak kan benda ni dibuat oleh pasangan yang telah berkahwin? Pelik pula...macam tak dak tempat lain dah ker?

Yang bestnya, kempen ni menampilkan artis2 yang tampan dan seksi untuk peminat2 di luar sana. Minta maaf cakap la...kehidupan artis sendiri tunggang-langgang, apakah mereka ni layak dan boleh dijadikan contoh terbaik kepada semua? Kebanyakan foto yang dipamerkan pula tidak mengajak atau mengajar masyarakat, terutama orang Islam menghindari zina. Ia hanya menggalakkan penggunaan kondom - dalam perkahwinan atau luar perkahwinan.

Yang menggunakan kondom ialah mereka yang tidak berkahwin, pelanggan pelacur, ataupun tidak mengetahui penyakit pasangan seks haram, serta mahu mengelakkan HIV/AIDS. Jadi, kempen tersebut sepatutnya menekankan soal menghindari zina. Jika zina tidak berlaku, salah satu cara penularan wabak HIV/AIDS dapat dielakkan (dua cara lain ialah berkongsi jarum suntikan atau picagari, dan dari ibu kepada bayinya sewaktu kehamilan, kelahiran, atau penyusuan).

Antara contoh yang boleh dilihat ialah foto yang menampilkan Harith Iskandar dengan mesej: "Kalau anda mencintainya ... gunakan pelindung (kondom). HENTIKAN AIDS" (If you love her ... wear a cover. STOP AIDS). Mencintai atau tidak, tidak terbatas pada pasangan suami isteri sahaja. Pasangan luar nikah juga saling mencintai.? 

Rugi apabila manusia tidak mahu hidup secara fitrah yang telah digariskan oleh agama. Kempen ni sekadar retorik oleh golongan berfikiran sekular, mengendahkan Islam sebagai panduan kepada segala masalah dan penyakit. Semua ni penyakit umat, penyakit yang menjadi bala kepada semua apabila zina semakin berleluasa tanpa sekatan dan halangan. Moga kita semua diberikan hidayah dan petunjuk, dijauhkan dari penyakit umat yang semakin tenat. Moga Allah merahmati ('',)

11 comments:

  1. nice entry..itu laa..mcm tak patut jer mereka dijadikan contoh...lebih pada nak keuntungan jer...ermmmm

    ReplyDelete
  2. wah dh tukar ke .com ye..tahniah cz maju setapak lg...patut le akak tgk mcm dh lama xupdate blog rupanya ah tukar url.....

    ReplyDelete
  3. hmm... semakin hari, semakin banyak tanggungjawab dan peranan kita untuk menyedarkan masyarakat....

    ReplyDelete
  4. awat xleh tgok pon gambaq2 tu?

    hhmm.. kempen pakai kondom seolah2 menggalakkan kita berzina..

    mcm jugak skolah hamil..

    sapa nak beromen, boleh! asalkan pkai kondom.. kalau hamil anak luar nikah, jgn risau.. sebab ada skolah hamil..

    adeyhh.. kerajaan...

    ReplyDelete
  5. niat serampang 2 mata nie susah sikit nak cakap, dari galak pakai kondommmm baik galak hindar maksiat...

    ReplyDelete
  6. Satu lagi event nak tengok kondom bercambah esoknya ialah "Jom Heboh". Jom heboh atau jom buboh?

    ReplyDelete
  7. @izz: tq miss :)

    @pija: mmg utk untung...mungkin dah ada deal dgn syarikat kondom

    @nza:tq kak :)

    @Siti Muthiah: ya kak, makin maju, makin teruk akhlak

    @solihin:tu lah, pic corup.hehehe, sapa2 nak daftar sekolah tu bgtau KM Melaka :P

    @iaryylr: serampang byk mata puak2 ni, byk misi dan visi nak jhanamkan islam

    @JR Shoppe: dulu ada bising mufti kata haram, sekarang diam ja tok mufti tu :P

    ReplyDelete
  8. mungkin niat baik.. tapi x kena cara... hurm..

    ReplyDelete
  9. @g0m0k9enDek:mungkin juga, tp niat tidak menghalalkan cara dan tindakan.

    ReplyDelete
  10. cara yang tak betul. Patutnya kempen anti zina. Kalau untuk bukan islam buat kempen anti seks tanpa perkahwinan.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...