Pages - Menu

20.3.11

Finalis Program Realiti Adik Adikku, Tahniah Iffah!


Salam untuk semua, moga dirahmatinya ('',)

Alhamdulillah, sepupu yang menyertai Program Adik Adikku berjaya melangkah sehingga ke peringkat akhir. Tahniah Iffah! Pencapaian ke pentas akhir sudah merupakan satu kejayaan yang dapat dibanggakan oleh seluruh keluarga. Diharapkan Iffah dapat melakukan yang terbaik pada peringkat akhir ya. 

Seramai tujuh orang peserta rancangan realiti ADIK-ADIKKU Musim ke-2 terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM telah diumumkan berjaya ke peringkat finalis. Tujuh orang peserta tersebut ialah Muhammad Amirul Munir Azlin, 9, Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin,12, Zaid Najmuddin Zul Akmal, 11, Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin, 11, Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11, Siti Nur Alia Safri, 11, dan juga Iffah Ahmad Hilmi, 11. 



Kesemua peserta tersebut adalah antara yang terpilih daripada 16 orang peserta yang telah disaring oleh JAKIM dan telah menerima latihan dan bimbingan para murabbi dan ra’es selama hampir sebulan bermula 27 November hingga 25 Disember 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Pertandingan Peringkat Akhir program realiti “ADIK-ADIKKU” Musim kedua akan disiarkan secara langsung melalui TV1 dari Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Isnin, 21 Mac 2011 dan bermula pada pukul 9.00 hingga 11.00 malam.

Azhan: Program seumpama ni dah bagus, tetapi pembentukan akhlak tidak dapat dibentuk dengan berkesan sekiranya masih terdapat program realiti lain yang terus tumbuh subur bak cendawan lepas hujan. Bermula dengan AF hingga la kepada macam2 nama lagi realiti songsang ni. Amar makruf nahi mungkar ('',) 

13 comments:

  1. Tahniah buat iffah dan adik2 yg lain jugak. ganbatte ;)

    ps: nanti sepupu nak belanja ais krim tu... (kot2)

    ReplyDelete
  2. iffah tu spupu azhan ke??
    saye suke tgk die..
    cute.. :)
    tahniah wat iffah... frust tadi tak sempat tgk final..

    ReplyDelete
  3. owhh.. ada sepupu yg join rupanya..
    insyaAllah.. mudah2an menang.. :D

    ReplyDelete
  4. @siti:hehe.insyaallah

    @hannzaki: malam ni baru final...pkul 8.00malam :)

    @solihin: insyaallah :)

    ReplyDelete
  5. adik-adikku, insya-Allah boleh!
    :)

    ReplyDelete
  6. mina tgk!hehehe...

    suke tgk diorang comel...tp petah bila bercakap...


    nak tgk la mlm ni...hihihi

    ReplyDelete
  7. Salam Yob, akak dengar jer ler...tak tau program apa ni. Pe kabar?

    ReplyDelete
  8. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    “Tali timba ditarik perlahan
    Terasa sejuk air perigi
    Ziarah Blog tanda persahabatan
    InsyaAllah hamba datang lagi”

    Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. minggu lepas agak sibuk sangat maaf lah yerr...

    Tahniah buat iffah dan adik2 yg lain jugak

    ReplyDelete
  9. terima kasih semua, mudah2an adik2 ini lahir sebagai insan yang hebat dan berjaya kelak, amin :)

    ReplyDelete
  10. jom kita bersuara ramai2 supaya hentikan program seperti AF, mentor & OIAM sebab dah jelas prgram cenggitu merosakkan akhlak remaja..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...