Pages - Menu

6.3.11

BN Menang PRK Merlimau dan Kerdau, Minyak Naik Lagi?

 (sumber: Malaysiakini.com)

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Selesai sudah siri PRK dengan kemenangan berpihak kepada BN yang sememangnya kuat di kubu mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada calon yang memenangi PRK Merlimau dan Kerdau, moga apa yang digembar-gemburkan semasa berlangsungnya kempen ditunaikan untuk rakyat.

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi. Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi. Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak ialah 90.

Perjuangan bukan diukur kepada menang dan kalah tetapi ukuran sebenar kepada keikhlasan untuk agama. Moga Allah merahmati sahabat2 yang terlibat ('',)

*PRK Tenang harga minyak naik...sekarang menang lagi, minyak naik lagi ka??

14 comments:

  1. Salam,
    Takpa bagi dia menang PRK ni puas2 insyallah PRU-13 dia pasti kelang kabut..

    ReplyDelete
  2. insyaallah :) mungkin kekurangan dapat diperbaiki dari sekarang utk kemenangan masa akan datang :)

    ReplyDelete
  3. tahniah la BN menang PKR cuba lagi thn dpn... sy x sokong mana BEBAS jer

    ReplyDelete
  4. nick: bukan PKR la yang lawan BN, PAS....hehe.Adois!hee

    ReplyDelete
  5. nick -->>

    apa2pun jangan atas pagar, mesti buat pilihan.

    ReplyDelete
  6. azhan -->>

    jemput datang ke rumah saya 13hb ni..

    =)

    ReplyDelete
  7. hhmm...mina natural...tp utk undian besau...siap la..hihihi...



    minyak naik..adooiii...sudah terasa sgt2 ni...

    ReplyDelete
  8. @puteri: insyaallah :)

    @relevan: semstinya tu...

    @mina: undi adalah rahsia :)

    ReplyDelete
  9. salam..

    tahniah pada yang menang....moge apa yang kamu janjikan..kamu kotakan...itu lebih penting...:)

    ReplyDelete
  10. Sememangnya bila kawasan bertanding dibaca berpihak kepada PBN, maka hari pengundian begitu selesa pada hari cuti manakalan jika atas pagar atau jangka kalah pasti hari pengundian pada hari bekerja. Begitu juga janji pilihanraya, teringat di pulau pinang di kubu pkr, pbn tidak bertanding atas alasan yang tidak masuk akal. awal tahun ini telah diumumkan 65 ribu orang telah mendapat taraf warganegara, begitu juga kemasukkan berpuluh ribu warga asing dalam sektor pekerjaan, walhal berpuluh ribu dari mereka terdahulu telah hilang tanpa dikesan. he he he.... mana diorang nyorok ya?

    ReplyDelete
  11. SYABAS BN.. MOGA TERUS BERJAYA.. BARANG NAIK? ADA ORANG BARANG TAK NAIK KE? :)

    ReplyDelete
  12. @iarryylr: info yang menarik dan berfakta! terbaik bro. Puak2 ni pakai macam2 strategi utk menang, susah nak kawal kadang2

    @fairus: barang tetap dah naik....maka muncul lah slogan kurangkan gula utk kesihatan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...