Pages - Menu

17.3.11

Apakah Politik Itu Kotor?


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Antara tokoh politik yang terkenal di dunia adalah Nabi Muhammad saw. Manakala, 10 sahabat Nabi saw yang dijamin syurga, 9 di antara mereka adalah ahli politik. Oleh itu, untuk menjadikan politik tidak kotor, kita perlu memilih politik cara Nabi saw. 

Ini kerana Nabi saw tidak memisahkan agama dan politik. Sekularisme adalah memisahkan Islam dan politik, dan inilah yang menjadikan politik itu kotor. Begitu juga ekonomi, sosial, pendidikan dll jika dipisahkan dengan Islam ia akan menjadi kotor.

Contohnya di negara kita ni ada BN dan PR. Ini kerana sistem yang kita pilih memang begitu (demokrasi) sejak tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, inilah senario yang berlaku dalam sistem pemerintahan. Orang yang tidak boleh menerima konsep " kita menyalahkan orang," umpama tidak boleh menerima hakikat dan Itu adalah petanda orang yang masih tidak matang. 

Namun begitu, kita perlu ingat rakyat mempunyai kuasa dan tidak perlu termakan dengan perkara yang salah. Bagi kita, apa yang penting adalah demokrasi perlu ditapis dengan nilai-nilai Islam. Kita tidak mengamalkan sebagaimana falsafah politik Niccolo Machiavelli iaitu "matlamat (niat) menghalalkan cara".

Ni salah satu poltik kotor? Saya terjumpa risalah ni kat masjid taman saya waktu solot Zohor tadi. Risalah ni mempunyai 8 halaman dan terselit beberapa helaian poster yang menghina alim ulama. Risalah ni telah banyak disebarkan di masjid2 area Sg Petani dan sekitar masjid terdekat. Risalah ni adalah saki baki risalah basi semasa pilihan raya Kerdau dan Merlimau lepas...rajin pula sapa dok mai sebar sampai Kedah ni.hehe

Tak cukup dengan TV dan akhbar, masjid pula dijadikan laman fitnah puak2 jahiliyyah ni. Saya angkut saja semua risalah tadi dan dipersilakan masuk lah dia dalam tong sampah masjid...hehe. Moga Allah merahmati dan memerikan hidayah ('',)

“Wajib atas seseorang Muslim untuk mendengar dengan patuh serta mentaati, baik dalam hal yang ia senangi dan yang ia benci, melainkan jikalau ia diperintah untuk sesuatu kemaksiatan. Maka apabila ia diperintah – oleh penguasa pemerintahan – dengan sesuatu kemaksiatan, tidak bolehlah ia mendengarkan perintahnya itu dan tidak boleh pula mentaatinya.” (Muttafaq ‘alaih)

5 comments:

  1. Politik itu tidak kotor..orang yang berpolitik itu mengotorkan politik tersebut :) Berpolitiklah dgn penuh hemah dan hikmah

    ReplyDelete
  2. hehe.. btol tu.. politik tu tak kotor.. politik itu tak salah...

    ReplyDelete
  3. Ado cmni. Kat nismilan pun ado. Dio gunokan mesjid untuk tujuan sebarkan politik. Ish ish

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...