Pages - Menu

18.3.11

Anwar VS Saiful, Kesaksian Palsu Dilaknat di Akhirat!

Anwar Vs Saiful, Siapa yang benar?
 
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Daripada Abi Bakrah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mahukah kamu semua jika aku beritahukan tentang sebesar-besar dosa besar?" Kami menjawab: "Sudah tentu (kami mahu) wahai Rasulullah." 

Baginda bersabda: "Menyekutukan (syirik) Allah dan menderhakai kedua ibu bapa dan sumpah palsu." Pada masa itu baginda sedang bersandar lalu baginda duduk dan bersabda: "Ingatlah (juga dosa yang sangat besar ialah) perkataan palsu dan sumpah palsu."

Baginda tidak henti-henti mengulanginya sehinggalah kami berkata: "Alangkah baik kalau baginda berhenti (diam dan tidak mengulanginya lagi)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesaksian palsu dilaknat diakhirat

Suatu ketika, Muadz b Jabal ra menghadap Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris." (QS An-Naba':18)" 

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris." 

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

 Sumpah laknat di Masjid WP...

Firman Allah Taala: (Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pemurah yang sebenar ialah) dan orang-orang yang tidak memberikan penyaksian palsu. [Surah al-Furqan ayat 72]

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Azhan: Orang muda dilanyak orang tua? hehe. Macam tak logik ja...Moga Allah memberikan hidayah dan taufik pada semua ('',)

9 comments:

  1. geram jugak dgr berita, akhabr x setel2 masalah ni...klu tak salah, knp enggan bg DNA kn...

    hal diorg, hrp x affect negara..

    ReplyDelete
  2. Biar Allah yang adili...InsyaAllah gambaran sebenar ni ramai2 kita tonton di padang masyhar nanti....

    ReplyDelete
  3. kebenaran pasti akan terungkap... ALLAH maha mengetahui dan maha adil... yg benar pasti mendapat kebaikan dan yang dusta pasti mendapat pembalasan. sama2lah tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  4. maknanya rasullulah tk suka kita buat perkara yg disebut ..ermm

    ReplyDelete
  5. Kes liwat Anwar-Saiful adalah rekaan saiful dan blogger umno,mungkin bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti anwar.

    http://ijoks2009.blogspot.com/2011/03/bukti-skandal-saiful-dan-papagomo.html

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Mr. IX : kenapa anwar xmau bg DNA?
    sebab, dikhuatiri pihak forensik tak telus..
    paham2 la kan..
    mcm2 depa bleh buat utk jatuhkan anwar..
    ada duit. semua jadi bila dosa pahala dibelakangkan..

    ReplyDelete
  8. alaa...politik....be end mmg sgaja sibukkn dsai turun naik mahkamah spya xda msa jaga parti dia..huh!

    ReplyDelete
  9. fuuhhh...takut nak komen...


    semoga ALLAH tunjukkan jalan kebenaran kpd org2 yg teraniaya...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...