Pages - Menu

23.3.11

80 Sebatan Menuduh Zina Kepada Orang Yang Baik, Surah an-Nur:4

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Kes DSAI mula episod baru, kes liwat kelihatan masih tidak nampak titik noktahnya, mereka bertungkus lumus mencari bahan bukti untuk sabitkan DSAI sebagai Peliwat? Huh! Memang dahsyat...tapi ingat kuasa Allah Maha Hebat. Kadang2 apa yang dirancang tidak semestinya akan berlaku tanpa izinnya, mungkin ini yang mereka terlepas pandang dan hayati asas kejadian yang berlaku. Saya tiada komen apa2 tentang isu ni cuma saya tertarik dengan hukum menuduh sesorang itu berzina...jom kita baca sedikit ulasan sahabat saya, IJOK2009

Oleh: Ijok2009 (Blogger Kami Sokong Tok Guru)

Apa yang saya tahu,dalam Islam ,kalau kes-kes tuduhan liwat,atau zina macam ni terletak dibawah jenayah Hudud.dalam hudud sebarang tuduhan akan dianggap fitnah kecuali sipenuduh dapat membawa  4 orang saksi yang menyaksikan sendiri perbuatan tersebut.

Sebagaimana sabda rasulullah s.a.w 4 oranng saksi tersebut mestilah lelaki Islam yang berakhlak baik dan tidak fasik serta menyaksikan sendiri sepertimana benang masuk kedalam lubang jarum. Kamera atau rakaman video tidak boleh diterima sebagai bahan bukti dalam undang-undang hudud.

Jika tidak orang yang menuduh boleh dikenakan 80 sebatan dan tidak boleh diambil kesaksian darinya seumur hidupnya(nak jadi saksipun tak boleh apatah lagi nak angkat jadi pemimpin.


“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur:4)

Saya bukannya nak membela Anwar kerana dia pemimpin PKR,saya menganggap Anwar hanyalah saudara seislam saya,saya tak kisah siapapun Anwar ,Anwar sama seperti orang lain ,apa yang istimewa sikit pada beliau ialah kerana dia pernah berjasa pada negara.Walaupun Anwar hanya seorang penarik beca sekalipun dalam situasi dia sekarang dia perlu dibela sebab dia saudara seislam kita yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan tanpa ada bukti yang kukuh mengikut Islam. 

Bukti dan Fakta Anwar Tidak Terlibat, Jom Semak dan Fikirkan

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih, menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Video itu didakwa oleh Datuk T baru sahaja dirakamkan iaitu kira-kira dua minggu lalu, semasa beliau katanya mencari jam Omega milik Anwar Ibrahim dan menemui Kamera litar tertutup yang masih aktif, sebelum memutuskan wayarnya. [Malaysiakini].
Azhan: Depa ni tak sempat baca quran, sebabtu tak tau hukum sangat...dok belajar hukum batal puasa ja rasanya.hehe

9 comments:

  1. •*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
    (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
    (=' ;') •::::::::HI….. :::::::::::•
    (,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    “tali timba ditarik perlahan
    terasa sejuk air perigi
    Ziarah blog tanda persahabatan
    insyaAllah hamba datang lagi”

    HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

    “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
    PANDANGAN ULAMA TAFSIR

    Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.



    Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

    “Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

    Jumhur ulama’ sepakat menyatakan sabit kesalahan dan had zina terhadap seseorang mestilah dengan penyaksian 4 orang saksi lelaki yang adil.

    Syarat Saksi



    1. Ke empat-empat lelaki
    2. Baligh.
    3. Sempuma akal.
    4. Orang yang adil iaitu orang menjauhi dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Dengan kata-kata lain, ia tidak fasiq, diketahui keadilannya dan bukan orang yang hasad atau khianat.
    5. Beragama Islam.
    6. Benar-benar melihat kejadian zina sehingga dapat memberi keterangan dengan jelas, tempat dan tiada keraguan tentang pelakunya, cara pelakuan, tempat dan masa berlaku perbuatan zina.
    7. Penyaksian itu benar-benar membuktikan berlaku zina.



    Sekiranya tidak cukup saksi atau didapati saksi itu tidak apat membuktikan tuduhan tersebut atau mereka berlaku anat, maka mereka wajib menerima hukuman qadzaf iaitu 80 kali sebat.

    (Surah al-Nur 24: 4)

    Ertinya: Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan~perempuan yang terpelihara kehor­matannya kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan.

    ReplyDelete
  2. salam Afzainizam

    subhanallah, tambahan yang sangat menarik sahabat. Terima kasih atas perincian yang sangat berguna dan ringkas serta padat :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Bila manusia cintakan dunia, hati mereka tidak suka merenung akan kebesaran kekuasaan Allah maka selalu gelap, kerana diliputi oleh kebodohan dan tipu daya.

    Mereka lupa akan azab Allah dalam perkara seperti ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Mungkin terlepas mahkamah di dunia, tetapi tidak di mahkamah Rabbuljalil.

    ReplyDelete
  5. ERM...TUNGGU DAN LIHAT LA KEPUTUSANNYE NNTI...

    ReplyDelete
  6. sabarlah wahai DSAI....kebenaran pasti akan terbongkar...lagi banyak fitnah dihamburkan padanya, lagi jelas perkara sebenar kita nampak

    ReplyDelete
  7. org yg berkenaan pikir kita ni bodoh...tak tau hukum...


    kita bkn mcm org dulu...senyap...angguk...


    mina selalu berbidas dgn org lama dkt cni...kdg2 apa yg diorg bidas
    hanya apa yg diorg dpt dari sebelah pihak..



    bkn nak ngata org lama..tp mcm tu la...huhuhu...


    didunia kamu selamat la...wahai pefitnah....akhirat...merangkak rangkak la nak lari dari azab ALLAH...

    ReplyDelete
  8. perkara camtu dh jadi bahan mainan....

    ReplyDelete
  9. salam untuk semua sahabat

    terima kasih atas nasihat dan pandangan yang sangat bernas, kita sbgai rakyat Malaysia mungkin akan rasa terkilan dan muak dengan berita2 seumpama ini apabila setiap waktu dimainkan.

    kita doakan kebenaran akan muncul jua nanti...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...