Pages - Menu

10.2.11

Ubah Sebelum Parah, 3 Kes Rogol Profil Tinggi?

 Kesian pula aku Tok wan ni, moga Allah memberikannya hidayah.
  {Utusan Malaysia}

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Dua hari ni saja, 3 kes rogol yang berprofil tinggi. Amat mengecewakan sebenarnya. Semalam selesai sudah kes guru rogol murid. Hari ni dua kes terbaru, seorang datuk umur 79 tahun merogol cucunya di kandang lembu. Dilaporkan dia yang datang berkain pelikat menangis teresak2 sebelum kes dibicarakan di mahkamah. 

Kes lain pula adalah seorang anggota polis merogol gadis bawah umur juga dijatuhkan hukuman penjara. 3 orang lelaki yang sepatutnya dijadikan tauladan untuk anak bangsa bertindak diluar batas norma akal fikiran dan akhlak. Na'uzubillah..

Bukan isu rogol ini hendak dibincangkan sangat, kerana setiap hari itulah "makanan" yang disajikan oleh berita2 di akhbar dan televisyen. Saya cuma terfikir sesuatu iaitu tentang masa depan kita, anak2 yang sedang membesar, remaja belia kita yang terus sinonim dengan pelbagai krisis akhlak moral... 

Jom kita membuat beberapa andaian bersama. Kalau sekarang ini keadaan masyarakat kita telah hampir  menuju ke arah kehancuran akhlak dan moral, kehancuran yang tidak lagi mengenal usia, daripada golongan muda dengan cara hidup mudanya, manakala golongan warga emas juga turut tidak lepas untuk ambil port dalam list jenayah.

Apa yang akan berlaku 5 tahun akan datang?
Apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang?
Apa yang akan berlaku di era wawasan 2020 akan datang?

Adakah kita masih rasa selesa dengan keadaan demikian, hidup dalam masyarakat seumpama ini? Malah tidak kurang juga yang terus berbangga dengan kemajuan yang digembar gemburkan. Sama2 fikirkan, moga Allah memberikan hidayah dan taufik ('',)

=Ubah sebelum parah=

5 comments:

  1. SEPATUTNYA DAH TUA2 DUDUK MASJID.. NI DUK MEROGOL BUDAK WATPE!!!

    ReplyDelete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Musibah dan bala diturunkan ke negara kita tidak tsunami, gunung berapi atau gempa bumi tapi gejala sosial makin menjadi, buang anak, rogol, arak, judi, dadah dan banyak lagi. Semuanya kerana tidak sempurna didikan rohani

    ReplyDelete
  3. btol tu.. hari2 dah di saji mcm tu.. tak kisah la tua ka muda ka... tetap punya nafsu...

    ReplyDelete
  4. knapa la dh tua2 xsedar diri lg...tgk mcm dh uzur benar dh....

    ReplyDelete
  5. minta dijauhakan dari bala di hari tua :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...