Pages - Menu

21.2.11

Tahniah Pro Mahasiswa Universiti Malaya!


Salam untuk semua, salam perjuangan ('',)

Isu pilihan raya kampus diakhiri dengan kemenangan Pro-M di Universiti Malaya. Tahniah saya ucapkan untuk calon Pro-M yang berjaya menguasai kembali UM. Terdapat sahabat saya yang mempersoalkan kenapa pilihan raya UM terlalu diberikan perhatian, sedangkan kalau menang pun tidak dapat menguasai universiti. Begitu lah lebih kurang persoalan yang diajukan dalam entri yang lepas.

Saya sendiri bukan pelajar UM, bukan selayaknya untuk menjawab sebenarnya.hehe. Mungkin jawapan yang paling mudah ialah tentang sejarah perjuangan mahasiswa UM yang terkenal sejak zaman reformasi pelajar era 70-an. Zaman Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar, mungkin sejarah yang panjang menjadikan senario pilihan raya kampus di UM sedikit berbeza, lebih hebat, lebih hangat dan lebih meriah berbanding IPT yang lain. Sekadar pendapat, wallahua'lam. ('',) 

Petikan berita Malaysiakini 

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini. Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti. Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti. Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti. Keputusan diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini. Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.

2 comments:

  1. perhhh...smpai kena culik pun ade..
    cmne la nsib pelajar tu...


    tp pling pemes bg mina UKM la...
    brani tu pemimpin pelajarnya...huhuhu

    ReplyDelete
  2. @kurekure comel: salam mina, ya betul tu, budak UKM yang kes lepas juga salah satu cth keberanian pelajar mengatakan yang hak :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...