Pages - Menu

8.2.11

Kerana Tok Penghulu, Sekampung Merana

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

NONE“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.{Malaysiakini}

Azhan: Kerana menjaga periuk nasi tok penghulu, habis terpalit sekampung. Nasib badan...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...