Pages - Menu

15.2.11

Husni Mubarak Sakit Tenat

Beberapa akhbar terkemuka Mesir dan timur tengah melaporkan keadaan kesihatan bekas presiden Mesir semakin merosot. Beliau sedang mengharungi hari hari duka setelah gembira selama 30 tahun membalun dan melantak harta rakyat Mesir.Apakah beliau akan sihat wala’fiat semula selepas ini? Mungkin ini adalah tanda tanda untuk ‘wira adijagat’ Mesir sudah hampir menuju Keadilan ilahi.

KAHERAH – Media Mesir mengeluarkan pelbagai laporan berhubung tahap kesihatan presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni Mubarak, lapor sebuah akhbar semalam. Kelmarin, sebuah akhbar Bahrain, Alwasat News menyatakan, Hosni kini tidak sedarkan diri. Sebuah lagi akhbar tempatan, Al Masry Al Youm pula melaporkan pemimpin tersebut tidak sedarkan diri sejak Sabtu lepas dan beliau berada di bawah penjagaan perubatan yang rapi.

Sebuah akhbar tempatan lain melaporkan Hosni jatuh sakit tetapi beliau enggan menerima rawatan perubatan. Agensi berita rasmi Roee Nahmias semalam menafikan bekas presiden Mesir itu kini koma tetapi mengakui bahawa beliau jatuh sakit. Bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan mental yang teruk dan menolak untuk dirawat walaupun beliau jatuh sakit, lapor sebuah lagi akhbar, Al-Gomhuria yang memetik beberapa sumber yang rapat dengan Hosni.

Menurut laporan tersebut, Hosni kini dipercayai berada di resort tepi pantai di Sharm el-Sheikh. Dalam perkembangan berkaitan, Duta Mesir ke Amerika Syarikat (AS), Sameh Shoukry semalam tidak menolak bahawa kesihatan Hosni semakin terjejas ketika ditanya berhubung laporan media bahawa beliau mungkin diserang strok atau berada dalam keadaan koma.

“Saya mengikuti desas-desus dan laporan media tentang kesihatan beliau (Hosni) dan mendapat maklumat yang menunjukkan kesihatan beliau kini terjejas,” kata Sameh dalam satu temu bual dengan program bual bicara Today Show terbitan NBC. Bagaimanapun, duta berkenaan menegaskan: “Saya tidak mendapat maklumat mencukupi. Justeru saya tidak mahu membuat spekulasi tentang punca Hosni jatuh sakit.”

Pada tahun lalu, Hosni berkunjung ke Jerman untuk menjalani pembedahan pundi hampedu.Hosni meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada tentera Mesir pada Jumaat lalu selepas 18 hari berdepan tunjuk perasaan anti-pemerintah. Kepimpinan tentera yang baru telah membubarkan Parlimen dan menggantung perlembagaan negara kelmarin.

Sementara itu, pihak tentera yang memerintah negara itu selepas Hosni meletakkan jawatan meminta semua pekerja tidak melancarkan mogok dan protes di Dataran Tahrir. Permintaan itu dianggap sebagai satu amaran sebelum pihak tentera melarang semua bentuk perhimpunan dan mogok. Semalam, askar-askar membersihkan sampah sarap dan timbunan bangkai kereta serta khemah di Dataran Tahrir yang menjadi tempat para penunjuk perasaan berkampung sejak 25 Januari lalu bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan.

Agensi

8 comments:

  1. sakit terkejut la tu..
    moga dia dpt balasan yg setimpal atas apa yg dilakukannya..

    ReplyDelete
  2. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    selamat hari kekasih wahai kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W...
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    Salam Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

    Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

    tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
    hari yang mulia penuh sa'adah,
    bermulalah sebuah kisah,
    malam isnin subuh yang indah,
    12 Rabiul Awal yang cerah,
    20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,
    Abdullah nama bapanya,Siti Aminah ibunya,
    riang gembira menyambut mulia terima putera yang utama..
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

    ReplyDelete
  3. uhhhhh nampaknyerrrr demam terkejut sampai tenat kesiannyerrrr..... buat pengajaran kat kita benda macam ni....

    ReplyDelete
  4. Salam dr Yong Mohkembara, kalau dah 18 ari rakyat memprotes, mau tak stress dan sakit!

    ReplyDelete
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    Tekanan jiwa...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...