Pages - Menu

2.2.11

Gadai Anak Dara Kerana Tidak Mampu Langsai Hutang Karpet




Salam untuk semua, moga ceria dan sihat ('',)

Untungnya berniaga karpet, duit dapat, kahwin pun dapat kan. Kisahnya bermula apabila seorang ibu tergamak menjadikan anak daranya sebagai terbusan kerana gagal melangsaikan hutang karpet? Macam tak logik kan. Tapi itulah hakikatnya masyarakat sekarang.Huish! Naik pening dengar. 

Kepada sahabat2, beringatlah dulu sebelum nak beli apa pun, tak perlu  lah sampai nak berhutang keliling pinggang jika tidak mampu, syukur apa yang ada ('',) Moga Allah memberikan petunjuk pada semua. Jom layan kisah tragis di bawah ni...kesian dengan nasib gadis malang tu, dah jodoh..

Petikan berita:-

ALOR SETAR: “Disebabkan ibu tak mampu membayar hutang karpet kira-kira RM3,000, saya terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani itu untuk melangsaikan hutang. “Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29. Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu.

“Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika ada duit. Malangnya, ibu gagal membayar ansuran selama dua tahun sehingga bunga semakin meningkat. “Lelaki terbabit meminta ibu menjelaskan hutangnya. Apabila ibu memberitahu dia tak ada duit, lelaki itu minta dikahwinkan dengan saya sebagai syarat untuk melangsaikan semua hutang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam.

Hashimah berkata, kerana tiada pilihan selain bimbang nasib keluarganya terancam dia hanya mengikut kata-kata lelaki itu dan keluarganya. Menurutnya, majlis pernikahannya diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri saudara-maranya serta beberapa rakan lelaki itu.

“Majlis kenduri termasuk akad nikah diadakan di rumah saya dan ia dibuat secara kecil-kecilan,” katanya. Menurutnya, pada awal perkahwinan tiada apa berlaku, tetapi selepas enam bulan, baru dia tahu yang suaminya mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil perniagaan karpet. “Dia beli sehelai karpet daripada rakannya RM65, tetapi menjualnya kepada orang kampung sehingga RM400 dengan mendakwa ia berkualiti selain sukar didapati di negeri ini. “Saya anggap ibu dan ramai penduduk kampung yang membeli karpet daripada suami saya tertipu,” katanya.


Hashimah yang bekerja di sebuah pasar mini, dekat sini, berkata sejak itu dia mula meragui suaminya, malah mendakwa penjual karpet dari Pakistan datang ke negara ini hanya untuk berkahwin dengan gadis tempatan sebelum meninggalkan mereka. “Apa yang berlaku ke atas saya mengaibkan, namun saya sedia mendedahkan untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengalami nasib sama,” katanya.{Metro}

3 comments:

  1. sanggup sampai macam tuh!
    sebab karpet,anak tergadai! -__-"

    ReplyDelete
  2. sibuk dgn kebendaan,kebahagiaan org lain tergadai..

    ReplyDelete
  3. @hanisah safian: minta kita dijauhkan daripada benda2 tu

    @fa-in: dunia2...ish2

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...