Pages - Menu

19.2.11

Bob Lokman Sertai PAS

" Kini aku menjadi ahli PAS.." Bob Lokman. Dihadapan lebih 30 ribu anak muda semasa Konvensyen Pemuda Pas Kebangsaan di Alor Star.
 
Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.

Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.

Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. 

Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka.  Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH.
Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN". {Wak AlBanjari}

Azhan: Hidayah Allah...sesiapa yang memperolehnya maka beruntunglah di dunia dan akhirat.

8 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Smoga lebih ramai yg akan memperoleh hidayah lpas ni..
    err.. dalam paper ada x? haha.. tobat xdak!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah :) moga Allah memberikan hidayah pada semua :)

    ReplyDelete
  3. wow ayat dia tu memang betul la. Niat politik untuk bangsa tu tak betul lah..Niat yg betul untuk Allah,,dari situ barulah ada keberkatan. Baru dapat membela mana 2 bangsa yang tertindas sesuai dengan dasar Islam. Pasti orang Islam yang paling ramai di bantu kerana mereka yang paling ramai susah di Malaysia ni. Tak perlu takut, bila niat politik ni betul InshaAllah Allah akan beri jalannya.

    ReplyDelete
  4. @yusri: insyaallah niat beliau benar, lebih baik bersangka baik kerana perubahannya itu :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...