Pages - Menu

1.2.11

Banjir Di Johor 2011 Lebih Teruk Daripada Tahun 2006 (Gambar Menarik)

Salam awal pagi, moga sihat dan ceria ('',)


Saya tinggalkan sekejap isu Revolusi Mesir yang semakin memuncak sekarang. Kembali bercerita tentang  kisah di tanah air. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum, banjir yang berlaku di negeri2 selatan, yang paling teruk mengalami banjir adalah Johor. Kawan2 yang balik bercuti di negeri2 selatan ada memaklumkan tentang suasana banjir pada tahun ini lebih hebat berbanding yang lepas. Tempat yang tidak pernah dinaiki air turut menerima nasib sama. 

Jom layan gambar di bawah, salah satu bukti banjir tahun ini lebih merbahaya berbanding yang lepas. Kepada sahabat2 yang tinggal di kawasan banjir, diingatkan berwaspada. Pesanan penaja, walau anda hebat berenang "kuak" apa sekalipun, ada lesen menyelamat kelas tertinggi pun jangan cuba2 untuk bermain arus banjir yang tak menentu, patuhi arahan pihak berkuasa dan penyelamat. Ingatlah insan yang tersayang ya.hehe Padah tidak berbau. Moga kalian sentiasa selamat dibawah naungan-Nya ('',)


Bukti Jelas. Paras air makin tinggi pada tahun ini berbanding ketika banjir pada tahun 2006



Terputus jalan perhubungan


Petikan berita terbaru: Keadaan banjir makin meruncing di 4 negeri.


KUALA LUMPUR 1 Feb. - Keadaan banjir di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan semakin meningkat. Setakat petang ini, mereka yang dipindahkan di 356 pusat pemindahan sementara di empat negeri terbabit kini mencecah 60,389 orang berbanding 46,206 semalam.

Di JOHOR, daerah Segamat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila 19,6111 orang ditempatkan di 88 pusat pemindahan. Ia diikuti Kluang dengan 11,299 mangsa yang dipindahkan ke 48 pusat pemindahan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara keseluruhan sebanyak 13,820 keluarga terlibat dalam bencana itu.

Berikutan itu, kementeriannya telah menggerakkan sepenuhnya jentera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa. "Jaminan kami bekalan makanan serta keperluan lain kepada mangsa banjir ini adalah mencukupi dan kami memantau secara berterusan.

"Kementerian juga telah melakukan banyak persiapan dan kami bersedia sekiranya bencana banjir ini berlarutan," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis hari ini. berita selanjutnya.  {Utusan Malaysia}

2 comments:

  1. Orang Johor, ALLAH dah tegoq banyak kali. tapi tak reti nak amek pengajaran jugak..Allahu ALLAH..sedih

    ReplyDelete
  2. Itu semua ketentuan tuhan, banjir dimana2 negeri itu adalah kehendakNya, knp di klantan banjir x de yg komen mcm ni? Allah itu MAHA adil.... fikir2kan

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...